Ada Gapo Dengan Kelantan





Ramai diluar sana melihat Kelantan dari sudut buruk & negatif. Tapi benarkah begitu ??

Baca sendiri kat bawah nukilan Dr Kamilin Jamilin kenapa beliau amat sukakan Kelantan walaupun beliau bukan orang Kelantan.

Walaupun ada beberapa pihak yang cuba memburukkan imej Kelantan, secara peribadi saya sangat menyukai Kelantan dan orangnya. 


Kalau ada yang tanya, saya suka tinggal di mana selepas tempat kelahiran sendiri? 

Saya akan jawab KELANTAN ! 


Kelantan tempat saya membesar dan belajar selama 6 tahun. Saya sempat naik bas mini 30 sen dari Kubang Kerian ke Kota Bharu dulu masa saya kecil. 



Ntah kenapa saya dan keluarga sangat tenang bila berada di negeri budu ini.



Antara kebaikan Kelantan yang saya rasai dari dulu sampai sekarang:




1. Orang Kelantan sangat dahsyat dalam bab memuliakan tetamu
Rata-rata rumah sahabat yang pernah saya datang dan tidur, saya betul-betul dapat rasakan keikhlasan mereka dalam melayan tetamu dan sentiasa cuba berikan yang terbaik walaupun bukan keluarga senang.

Apa sahaja makanan yang kita nak, ke mana sahaja kita nak pergi, mereka akan cuba beri yang terbaik dengan begitu bersungguh penuh senyuman.


Kadang-kadang saya cukup segan bila tengok makcik tua yang dah sakit terbatuk-batuk sanggup masuk dapur masakkan kita makanan awal pagi lagi. Tapi bila nampak kita, dia senyum je sembunyikan susah dan penat dia demi meraikan.



Ramai yang akan beri kita keselesaan buat rumah mereka macam rumah sendiri, nak masak ke, sepah, pakai kereta semua macam rasa keluarga.




2. Orang Kelantan sangat pemurah dalam memberi
Ramai orang sana yang saya tahu dalam bab memberi sumbangan bukan kecil-kecil angkanya. 


Walaupun mungkin ada yang tidak kaya harta, tetapi mereka kaya jiwa dan tak lokek memberi. Sebab tu kat Kelantan banyak pusat pengajian yang hidup dengan sumbangan masyarakat sekitar.




3. Orang Kelantan ramai jutawan senyap
Ini memang kelebihan unik orang Kelantan. Ramai yang saya temui hidup penuh sederhana, rumahnya macam jiran-jiran sebelah, keretanya biasa-biasa, penampilannya cukup sederhana, gaya sembang macam tepi warung, tapi rupanya taukey besar yang banyak menyumbang ratusan ribu atau jutaan ringgit pada ummah.


Mungkin orang Kelantan tak berapa gemar melaram atau kumpul harta macam orang bandar, tapi “cash power” mereka tinggi!




4. Orang Kelantan suka membantu
Saya ada ramai sahabat dari Kelantan. Walaupun orang kata orang Kelantan ni suka berpuak-puak, tapi selagi tak kacau atau tak bermusuh dengan orang lain, apa salahnya?


Orang Malaysia pun kalau duduk luar negara lebih selesa bergaul dan duduk dengan orang negara sendiri kan?


Tapi apa yang saya dapati dari sahabat-sahabat Kelantan saya, bila mereka membantu memang masyaAllah macam keluarga sendiri kita dibuatnya. Mereka boleh berkongsi dengan senang hati apa yang mereka ada dengan kita.



5. Walaupun Kelantan takde wayang macam Penang, bukan bererti Kelantan takde hiburan. Apa kaitan wayang dengan kemajuan sampai nak samakan dengan Taliban??


Hiburan bukan sekadar berkaraoke dan pergi wayang, kaki pancing kalau pergi kolam dapat ikan pun dah sangat terhibur!

Saya tak pernah rasa jemu duduk di Kelantan. Apa yang kita nak, banyak sahaja boleh kita buat dan dapat kat sana. 

Bukan Penang je syurga makanan, Kelantan pun banyak makanan sedap-sedap. Apa kurangnya nasi dage kghabu berbanding nasi kandaq?? (Saya lagi suka dage 🤭)


Yang paling nikmat bagi saya, kat Kelantan tak pernah risau makanannya halal atau tidak sebab pengusahanya hampir semua muslim 




6. Walaupun ada yang kata Kelantan negeri susah, tapi orang Kelantan cukup banyak rumah banglo besar atau kecil yang selesa. Ramai yang ada tanah dan rumah sendiri. 

Saya rasa Kelantan antara negeri yang paling sedikit atau paling susah saya nak jumpa rumah flat.



7. Orang Kelantan macam orang arab, jenis yang “nature”nya suka berniaga. Saya cukup seronok bila tengok perniagaan kat sana hampir semuanya diusahakan orang Islam. Orang kerja kerajaan pun ramai yang seronok nak berniaga walaupun mungkin ada yang untungnya tidak besar.

Orang Kelantan yang berniaga di luar Kelantan juga ramai.



Cukup kot saya sebut 7 kebaikan Klate. Banyak lagi sebenarnya kebaikan Klate dan orangnya yang saya yakin pembaca semua boleh senaraikan.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?