Bila Agaknya Express Wau Ke KL Akan Beroperasi





Ketiadaan perkhimatan tren Ekspres Wau (Tumpat - KL Sentral) sememangnya menyukarkan buat mereka yang mahu ke Kuala Lumpur dengan train.

Sudah memasuki tahun kelima operasi tren itu dihentikan susuluan laluan keretapi ke pantai timur dan coach rosak teruk akibat banjir besar yang melanda negeri-negeri pantai timur pada tahun 2014.

Yang menjadi persoalannya, mengapakah Ekspress Wau masih tidak beroperasi sedangkan Ekspress Timuran (Tumpat - Johor Sentral) sudah lama beroperasi.



Buat masa sekarang jika nak ke KL dengan KTMB, perlu naik Ekpress Wau dan turun di Gemas, kemudiannya menyambung perjalanan dengan ETS. Itu kalau keretapi mengikut jadual. Bagaimana pulak jika berlaku kelewatan ? Penumpang perlu mencuba alternatif lain untuk ke KL atau menunggu ETS pukul 3 petang.


Situasi nak perlu transit ke Gemas ini menyukarkan especially yang bawak banyak barang atau travel dengan family. Jadi satu problem pulak nak angkut barang untuk bertukar train.




Menurut Sinar Harian, permintaan tren laluan Tumpat - KL Sentral masih lagi dalam perbincangan ditambah pulak coach yang tenggelam tempoh hari masih dalam kerja baikpulih.

Satu lagi persoalan, bila pulak DMU iaitu keretapi baru KTMB untuk laluan pantai timur akan mula beroperasi ?



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?