Model Kereta Terbang Dikritik, Netizen Samakan Dengan Kipas USB





Menghampiri Wawasan 2020, pasti ramai yang tahu bahawa Malaysia bakal memiliki kereta terbang pertama. Prototaip kereta tersebut dijangka akan diperkenalkan tahun ini. Projek tersebut dijangka menelan kos pelaburan sekitar RM1 juta.

Semalam, model skala kecil kereta terbang yang dibangunkan oleh Aerodyne Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang diberi nama ‘Vector’ itu turut dipamerkan di LIMA 2019, Langkawi, semalam.



Gambar yang dimuat naik menerusi laman Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen dimana rata-rata mereka mengkritik dan mempersoal reka bentuk kereta terbang tersebut.






Ada segelintiri netizen mempersoalkan reka bentuk kereta terbang tersebut tidak mencerminkan perbelanjaan yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit.  Malah ada yang menyamakan reka bentuk kereta terbang itu seperti kipas USB.

Namun ada netizen menjelaskan itu hanyalah model sekala kecil dan selalunya apabila model prototype sudah siap rekaannya jauh berbeza. Apa pun kita nantikan sahaja prototaip kereta tersebut siap dijangka tahun ini.

Sumber The Vitdaily




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?