“Saya Sayang MAS, Tapi Kita Tak Mampu,” Nasib MAB Ditangan Kerajaan, Tutup Atau Akan Dijual





Tun Dr Mahathir hari ini mendedahkan bahawa ada pihak dari dalam dan luar negara ingin mengambil alih Malaysia Airlines Berhad (MAB) dengan membeli syarikat penerbangan tersebut.

“Ada pihak-pihak tertentu yang ingin membeli MAS (MAB) jadi kita tidak tolak. Kita nak kaji sama ada perlu jual ataupun tidak,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Bernama melaporkan syarikat tersebut mengalami kerugian walaupun telah diurus oleh pengurus luar.



“Saya sayang MAS, saya mahu MAS  ini dijadikan satu syarikat penerbangan nasional tetapi nampak seolah-olah kita tidak mampu,” katanya.

Beliau menambah, tindakan membuang lebih 6,000 pekerja tetap tidak memberi kesan kerugian yang dialami.

“Kalau kita kurang pekerja tetapi kita maintain status yang lama barulah ada saving (penjimatan),” katanya.




Khazanah Nasional sebelum ini telah memberi dana sebanyak RM6 bilion namun usaha itu masih gagal dan mengalami kemerosotan RM7.3 bilion tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri kini akan menimbang semula keputusan samada untuk menjual, menutup atau membiayai semula syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?