Siswa Kita Terpaksa Berpuasa Sebab Tiada Duit





Hidup sebagai pelajar universiti tidak selalunya indah. Banyak wang yang perlu dibelanjakan terutama sekali untuk bahan pembelajaran seperti buku dan kerja kursus.

Baru-baru ini, akhbar Berita Harian mendedahkan kisah sebenar kehidupan siswa miskin yang terpaksa mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari. Lebih menyedihkan ada yang berpuasa kerana terpaksa menahan lapar akibat kekangan wang.

Kebanyakan pelajar ini terdiri daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Setiap hari mereka membelanjakan antara RM2 hingga RM2.50 untuk membeli makanan paling murah. Antara makanan yang popular di kalangan siswa ini ialah mi segera dan ‘nasi bujang’.



Berpuasa atau tidur awal untuk lupakan rasa lapar
Ada di antara mereka yang hanya minum air suam dan makan sekali sehari pada waktu malam untuk berjimat. Salah seorang pelajar, Muhammad Nurfathi Abdul Hamid, 23, memberitahu makan sekali sehari sudah menjadi kebiasaan. Adakalanya dia akan berpuasa kerana kekangan wang.

“Saya juga selalu cari peluang hadir program, aktiviti atau majlis di dalam dan luar kampus, yang biasanya turut sediakan makanan.

“Kadangkala, saya berpuasa atau tidur awal pada waktu malam untuk lupakan rasa lapar. Sepanjang pengajian, saya tidak boros dan beli barang ikut keperluan sahaja, malah tiada motosikal atau kereta,” katanya.






Pendedahan tersebut menjadi bualan netizen yang turut berkongsikan pengalaman mereka. Kata netizen, itu adalah lumrah atau perkara yang ditempuhi sebagai seorang pelajar universiti lebih-lebih lagi jika mereka dikalangan keluarga miskin.




Dalam pada itu, ada segelintir netizen mempersoalkan isu tersebut kerana itu adalah perkara biasa bagi pelajar. Ada juga netizen mengatakan jika tiada duit adalah lebih baik jika buat kerja part time untuk menampung perbelanjaan.

Tidak kurang juga ada yang mempertikaikan ramai siswa mengikat perut tetapi sanggup membeli telefon mahal dan barangan berjenama.


Sumber Vitdaily

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?