Tak Perlu Ke Siam Kalau Nak Gi Pasar Terapung Sebab Kat Kelantan Pun Ada





Sebut saja pasar terapung, pasti ramai tahu ia hanya ada di Bangkok dan Thailand sahaja. Tetapi anda sebenarnya tak perlu pergi jauh jika nak rasai sendiri pasar terapung kerana ianya ada di Kampung Pantai Suri, Kelantan.

Konsep jualannya juga sama seperti pasar terapung di Thailand. Pasar terapung ini menghimpunkan pelbagai jualan termasuk jeli kelapa, gula melaka, madu,nasi berlauk, aneka kuih tradisional dan kerabu nipah.





Ramai yang tidak tahu pasar terapung ini mula diwujudkan pada 2016. Disebut-sebut sebagai pasar terapung pertama di Malaysia, ia kini mula beroperasi setiap Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga tengah hari.

Usaha ini juga bertujuan untuk melestarikan budaya masyarakat Melayu yang terkenal sebagai kaum pedagang termasuk berniaga di atas perahu seperti yang amalkan ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dahulu.





Selain orang ramai boleh menikmati makanan laut segar dan murah peniaga juga dapat meningkatkan pendapatan keluarga kerana hasil tangkapan dijual sendiri.

Sumber The Vitdaily/Foto Rileklah

Kenapa saya suka menetap di Kelantan. Wajib tengok !!





Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?