Abe Nih Buat 3 Kerja Sebab Nak Bantu Mak & Adik


Bukan mudah untuk hidup di zaman kos sara hidup yang semakin tinggi. Lihat saja di luar sana, masih ramai graduan yang menganggur dan sukar mendapat pekerjaan yang mereka impikan.

Seperti pemuda ini, mengakui dirinya tidak pandai dalam pelajaran, namun semangatnya tinggi untuk membantu dan membanggakan keluarganya. Perkongsiannya di Twitter ternyata menyentuh perasaan netizen yang sanggup melakukan 3 kerja dalam sehari untuk meringankan beban keluarga.




Menurut pemuda tersebut, Muhamad Zhariff Zikry Zainur, 21, rutin kerjanya bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12 malam.

“Saya kerja sebagai despatch di syarikat kurier City-Link Express di Kulai, Johor. Apabila sudah selesai menghantar barang-barang City-Link, saya terus ambil barang di syarikat Ninja Van untuk servis penghantaran. Pada waktu malam pula, saya kerja sebagai penghantar makanan KFC.

“Anggaran gaji sebulan yang saya dapat hasil daripada tiga kerja ini dalam RM2,700 sebulan. Kebiasaannya saya akan bekerja dari Isnin hingga Sabtu. Ahad sajalah masa untuk berehat,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Zharif, ibunya tidak bekerja dan hanya sebagai suri rumah sepenuh masa. Katanya lagi dia tahu dia tidak pandai dalam pelajaran dan tidak dapat membanggakan ibu bapanya, jadi ini adalah peluang untuk membalas jasa mereka selagi mereka masih ada.

Zharif yang merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik berkata bapanya hanya bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan hanya RM1,400 sebulan utnuk menyara mereka sekeluarga. Katanya lagi, dia tahu dia bukan dari keluarga yang senang dan akan cuba sedaya upaya yang termampu untuk membantu keluarga.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan semangat pemuda tersebut yang rajin mencari rezeki dan semoga kisahnya ini menjadi inspirasi buat anak muda diluar sana.




Jom Subscribe Maafsebut TV di Youtube !!

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?