Brader Ini Berkongsi 19 Tempat Makan Korang Wajib Pegi Kalau Ke Jepun


Jepun ni unik. Fokus makanan di Jepun bukan bukan pada cara masakannya. Tetapi kualiti bahannya

Sebab tu di Jepun kita akan jumpa sangat banyak restoran yang menghidangkan world-class punya bahan. Daripada fatty salmon, daging wagyu, king crab, kepada buah yang berharga ratusan Ringgit sebiji

Yes kat Malaysia ada, tapi ianya tak tahap 'bersepah'. Kat Jepun ni memang sangat banyak.




Jom pakat baca perkongsian dari saudara Izzuddin Yussof mengenai 19 tempat makan yang korang kena cuba kalau melancong ke Jepun.

Memang dari awal cakap kat wife, antara tujuan melancong ke Jepun ni adalah untuk 'food tourism'. Iaitu memang nak merasa semua makanan-makanan yang unik di Jepun ni

Jadi ini list makanan halal di Jepun yang aku dah rasa, dan kat mana boleh dapatkannya:

1) Ramen di Ramen halal Ouka Shinjuku gyoen, bak kata kawan yang dah duduk 10 tahun kat Jepun, ramen diorang paling sedap. Tapi ada perisa yang berbeza gak

2) Daging Wagyu Kageyama (SSS) juga di Ramen halal Ouka. Ini daging wagyu yang menang pertandingan Olympic wagyu pada tahun 2017 dahulu

3) Sushi di Genki Sushi di Shibuya, tak kisahlah sushi atau sashimi dia, jujurnya aku tak dapat nak bezakan sangat dengan kedai sushi premium yang biasa dijumpai di Malaysia. Melainkan tempura dia berbeza

4) Don Tempura di Arashiyama Yoshiya Muslim Restaurant, besar, lembut dan sedap. Tempura kat Jepun memang berbeza dari tempura Malaysia

5) Soba juga di Arashiyama Yoshiya. Serius tak sedap langsung. Tak yah la beli haha.

6) Crab King with Malaysian taste di KENNYasia Osaka. Serius sedap haha. Dan ini memang Malaysia punya taste. Sesuai kalau rindu rasa Malaysia

7) Yakiniku Wagyu di Zerohachi Matsuyamachi di Osaka. Buffet style weyh hahaha. Kalau korang nak makan wagyu sepuas hati, datanglah sini. Boleh mintak apa saja jenis bahagian. Serius puas. Takkan ada buffet bakar jenis ni di Malaysia.


8 ) Onigiri di 7-eleven atau kedai dalam stesen keretapi. So far kitorang hanya beli yang telur dan salmon. Sebab ini yang kitorang yakini halal. Not bad la haha. Sesuai untuk buat bekal. Dah la murah.

9) Dango. Mula kenal Dango ni masa baca Rurouni Kenshin lol. Teringat Seta Sojiro makan.

10) Takoyaki. First time rasa Takoyaki ni sedap. Selama ni makan kat Malaysia tak rasa sedap. Tapi kena tanya dulu cara masakan dan kandungan sos dia. Aku type kat Google translator dan tunjuk je kat orang jual tu haha. Btw takoyaki ni first aku jadi curious bila tengok Arale makan dalam Dr Slump.

11) Mochi. Mochi ni ada yang jenis biasa dan ada yang jenis luar biasa, ada juga jenis tak sedap lol. Mochi paling sedap aku try setakat ni mochi strawberry yang kotak dia macam ada emoticon. Aku nak cite pun tak reti haha.

12) Miso Soup. Bolehla minum. Wife aku tak suka.

13) Ikan bakar. Ni aku beli kat fresh market kat Kanazawa. Aku teringat kat Sanosuke je bila nampak benda ni lol. Tapi sedap. Aku suka haha.

14) Unagi. Juga di Kanazawa fresh market. Takde beza pun dengan Unagi dekat Sushi King Malaysia.

15) Okonomiyaki. Yang ni pulak aku kenal daripada Ukyo dalam Ranma 1/2. Aku pernah tau dulu-dulu-dulu yang benda ni dibuat dari sayur. Tapi aku tak teringat pulak. Sekaligus ni jadi satu-satunya makanan yang pure 99% sayur dan aku boleh makan agak banyak. This will be the only time in my life la tapi.

16) Chicken karaage. Di Chickenman Ueno, kat sini popular dengan nasi ayam. Tapi personally bagi aku chicken karaage dia yang betul-betul sedap. Nasi ayam dia tak sangat.

17) Tea from tea ceremony. Rupanya teh yang dihidangkan dalam Japanese tea ceremony ni adalah matcha tea rupanya. Minum dekat Nomura Samurai House.


18) Fresh strawberry di Strawberry farm berhampiran Mount Fuji. Sah Jepun ni punya buah another level. Strawberry dia lebih sedap daripada Cameron Highland punya strawberry sekalipun. Boleh makan sepuas hati dalam masa 40 minit. Susu dan marshmallow turut di sediakan.

19) Matcha frappe / matcha dengan ice-cream vanilla. Kalau kat Malaysia wife aku asyik mencari teh tarik. Kat Jepun ni itulah favourite baru dia.




Sekian lah 19 'makanan' Jepun yang aku ada try. Ada la lagi a few side dishes yang tak ingat pun nama, tapi kira halal je la. Ada dua je lagi nak try tapi tak terjumpa, Taiyaki dan shabu-shabu. Mana entah nak jumpa Taiyaki. Yang shabu-shabu tu pulak dah bukan rezeki kot. Banyak kali ada peluang tapi asyik tak terpilih. Should have bought it at Arashiyama Yoshiya.

Cuma kat Jepun ni sebenarnya harga makanan dia kalau convert kepada Ringgit memang mahal. Makan meal biasa pun dalam ¥1,000 (RM37). Kalau yang luar biasa tu memang lebih RM100. Dan ada antara kat atas ni yang lagi mahal dari duduk Hotel 2 malam pun haha.

Cuma antara semua ni kalau ada yang aku akan recommend untuk korang spend mahal sikit pun, adalah All-you-can-eat halal Yakiniku Wagyu di Osaka. Kenapa?

Sebab siapa tak sukakan daging bakar yang super lembut. Dan makanan sebegini (buffet wagyu) tidak akan ada di Malaysia.

Jadi apa tunggu lagi ? Jom kita semua pergi melancong ke Jepun sekarang !!

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?