Etak Salai : Snek Tradisi Warga Marhein Kelantan


Sebut saja etak salai mesti semua orang Kelantan tahu. Mana tak tahu kalau kat Kelantan nih setiap ceruk jajahan ada dijual kat tepi jalan. Etak salai nih sedap dimakan begitu sahaja ataupun dimakan bersama-sama dengan nasik kerabu. Sedap sungguh !!


Ramai orang suka makan tapi tak ramai yang tahu macam mana etak salai ini dibuat. Saya sendiri pun sebenarnya tak tahu tapi lastly saya tahu kerana minggu lepas saya berkunjung ke UMK time Festival Etak Salai.



Time kat Festival Etak Salai UMK nih ada demonstration macam mana etak salai dibuat. Saya sempatlah jugak temuduga sikit makcik yang tengah demo menyalai etak kat perkarangan UMK Bachok.


Makcik yang menyalai etak bagitau ambo etak nih disalai atas bara api yang panas selama setengah jam. Lepas setengah jam perlu test nak tahu masak ke tidak. Kalau tak masak lagi teruskan menyalai sehinggalah etak tu betul-betul boleh dimakan.



Lepas tu nak menyalai etak nih bukan salai gitu jah. Ada resepinya. Makcik yang menyalai tu bagitau saya untuk membuatkan etak salai nih sedap, kena tambah pelbagai bahan. Antara yang saya ingat kena masukkan bawang, serai, lada dan bahan-bahan lain time etak tu disalai supaya naik bau aroma semerbak dan sedap time dimakan.


Saya dapati kat pameran etak salai ini dipamerkan pelbagai spesies. Kalau yang common kat Kelantan etaknya leper dan berwarna kuning. Yang selalu kita beli kat tepi jalan tu bukan etak tempatan tapi etak luar. Etak yang kaler hitam tu. Itu bukan etak tempatan tu. Apa yang saya dapat tahu dari pengusaha etak salai, etak mentah diperoleh samada dari Perak atau Siam. Diorang bagitau kalau dulu diorang pegi mengaut etak kat sungai-sungai kat Kelantan. Tapi kini diorang bagitau sukar sangat nak mencari etak kat sungai-sungai Kelantan. Disebabkan itulah diorang terpaksa mendapatkan sumber etak dari tempat lain.



Saya tak tahulah pulak kenapa sukar nak cari etak kat Kelantan tu. Samada disebabkan pencemaran, perubahan ekosistem atau ada reason lain kenapa etak kat sungai Kelantan berkurangan. Itu kena tanya pada yang pakar dalam ekosistem Kelantan.





Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?