Jeliro Makan Siput Sedut & Kerabu Sarang Di D Nyakut Molek Bachok




Kalau sebut siput sedut sape tak minatkan ? apatah lagi kalau dimakan bersama nasik panas-panas, boleh habis 2 pinggan nasik. Tapi bukan senang yea nak cari kedai makan yang menjual masakan yang saya boleh katakan klasik. Kalau tomyam berlambak kedai makan jual, kalau gulai siput sedut ? Payah sekali.

Kerana itulah apabila dengar jea ada kedai makan kat Bachok menjual gulai siput sedut, saya tak tunggu lama, ambik kunci kereta terus lancar ke Bachok.

Pada awalnya agak sukar untuk mencari lokasi kedai makan ini kerana agak tersorok dari jalan utama. Kena masuk jalan menghala ke UMK Bachok, lepas tu apabila sampai kat roundabout perlu ambil jalan menghala ke kiri. Cari signboard D Nyakut Molek lepas kedai makan pertama, mesti jumpa.




Kedai D Nyakut Molek quite famous dan popular dikalangan penduduk sekitar Bachok kerana menghidangkan lauk pauk klasik Kelantan & cukup murah bagi pelajar UMK. Ramai pelajar UMK datang makan kat sini.

Kebetulan saya pegi tu time waktu makan tengah hari, jadinya pelanggan agak ramai. By the way, who care ramai ke tidak. Yang penting dapat makan makanan favourite. Tengok jea gulai siput sedut penuh satu periuk, saya apa lagi, terus ambik mangkuk, lepas tu cedok sampai penuh mangkuk. Tak kesahlah orang lain kata tamaknyee, yang penting saya puas dapat makan.




Selain gulai siput sedut, ada jugak pelbagai jenis kerabu. Kerabu buah ketereh pun ada. Sedap wehh. Ini pertama kali saya makan. Kalau bernasib baik, boleh cicah budu dengan kerdas. Honestly takde lansung lagi setakat ini kedai makan yang menyediakan buah kerdas. Selalunya timun batang, pucuk ubi dan petai yang bagi saya itu common sangat.




Kalau nak cicah dengan budu, tak sedap dengan ikan goreng, kena ada jugak ikan bakar tawar baru sedap.




Gulai patin kat sini pun boleh tahan. Ambo rasa diorang masak ini bukan resepi pahang tetapi resepi minang kerana ianya lebih pekat manakala resepi pahang lebih cair.

Kepada korang yang teringin nak mencuba makan kat sini, D Nyakut Molek dibukak setiap hari kecuali Jumaat dari tengah hari hinggalah malam. Waktu malam diorang jual masakan panas timur dan western.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?