Please Lah Jangan Vandalise Keretapi Kita !!





Berita baik kepada warga pantai timur Kelantan, Terengganu & Pahang. Tak lama lagi keretapi baru yang moden dan laju akan memulakan operasi untuk laluan pantai timur KTMB.

Dikhabarkan keretapi baru yang menggunakan teknologi hybrid iaitu menukarkan kuasa diesel kepada elektrik atau lebih dikenali sebagai Diesel Mobile Uniti ini bergerak selaju 160KMH. Laju betul tu kalau nak dibandingkan dengan yang lama.

Selain itu kemudahan lain yang ada dalam keretapi baru ini adalah wifi onboard, cafe yang lebih selesa, kemudahan surau, kemudahan plug jika kita perlu untuk mengecas handphone.

Kemudahan surau

Cafe yang modern didalam keretapi




seat yang lebih selesa dilengkapi plug untuk barangan elektronik.

Jangan Vandalise !!
Dengan segala kemudahan didalam keretapi DMU ini, pengguna diingatkan supaya tidak merosakkan peralatan yang ada. Jangan pentingkan diri. Kena ingat kemudahan ini bukan untuk diri kita seorang tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. 

Menyedihkan !!

Pemilik lembu dan kambing jangan biarkan ternakan anda berkeliaran di landasan KTMB
Satu lagi yang dikesali adalah sikap tidak bertanggungjawab pemilik lembu dan kambing yang membiarkan binatang ternakan mereka berkeliaran di landasan KTMB. Jika binatang ternakan ini dirempuh keretapi, bukan sahaja merugikan pemilik kerana haiwan mati, ianya juga menyebabkan kerosakan kepada keretapi dan kelewatan kepada penumpang keretapi untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Merbahaya !!

Like & Follow Page Maafsebut untuk info terbaik negeri-negeri pantai timur

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?