Sate Coklat ?





Sate sememangnya cukup sinonim dengan masyarakat di negara ini. Tidak kira di mana saja hidangan ini menarik perhatian ramai pembeli. Sate selalunya disajikan bersama kuah kacang, nasi impit, bawang dan juga timun.

Sekarang ni macam-macam hidangan makanan peniaga cuba buat untuk jadi lebih kreatif dan viral. Kadang-kadang tu tak masuk akal pun ada. Kalau sebelum ini dah ada sate cheese, kali ini viral pula menu sate sos coklat. Bagaimana agaknya rasa sate coklat ini ?

Video sate bersama coklat yang dikongsikan di Twitter itu menimbulkan kemarahan netizen. Mana tidaknya, semua hidangan mahu diinovasikan seingga merosakkan makanan tradisional Melayu. Malah ramai yang mengatakan tiada selera untuk menimati hidangan tersebut.





Kata netizen lagi, orang kita sememangnya pandai mencipta makanan yang boleh menjadi penyebab penyakit tiga serangkai.





Tidak kurang juga ada yang mengatakan inovasi tersebut boleh menghilangkan identiti makanan Melayu dan tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak di masa hadapan tidak tahu rasa sebenar makanan tersebut.

Namun, ada segelintir netizen tertarik untuk mencuba menu ‘eksperimen’ tersebut. Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan kombinasi tersebut, namun ada yang mempertahankan bahawa tidak salah untuk mencuba menu baru.

Sumber The Vitdaily




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?