Stesen ECRL Perlu Ada Jugak Di Tumpat








Kerajaan Kelantan meminta supaya jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diambil kira sehingga Pengkalan Kubor, Tumpat seperti dipersetujui Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kemungkinan kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan semula dengan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan itu.

“Tumpat memerlukan laluan kereta api dan pelabuhan memandangkan ketika ini perkhidmatan kereta api dari daerah itu ke Kuala Lumpur sudah terhenti. Jika jajaran ECRL hanya setakat Kota Bharu, ia akan menjejaskan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan Tumpat.




“Kita sedar Kerajaan Pusat mahu mengurangkan kos termasuk menukar daripada ‘double track’ kepada ‘single track’. Namun mungkin laluan itu boleh dipanjangkan lagi (sehingga Tumpat),” katanya.





Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Program Solat Hajat sempena Hari Sayyidatina Khadijah, di Kompleks Kota Darul Naim, di Kota Bharu, baru-baru ini.

Mohd Amar berkata, apa sekalipun keputusan, kerajaan negeri serahkan kepada Kerajaan Pusat kerana yang penting Kelantan termasuk dalam jajaran baharu itu.

“Kalau bukan sekarang, mungkin pada masa akan datang cadangan itu boleh diambil kira.




“Jadi, kerajaan negeri akan bincang isu ini (dengan Kerajaan Pusat) memandangkan sebelum ini Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ada cadangkan perkara ini (jajaran sehingga Tumpat),” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Kerajaan Pusat yang akan meneruskan ECRL dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion.

Jabatan Perdana Menteri dipetik berkata, kos pembinaan fasa 1 dan 2 ECRL itu berjaya dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion berbanding kos asalnya pada RM65.5 bilion.

Pengurangan kos itu dicapai selepas Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memeterai Perjanjian Tambahan (SA) dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

Sumber Harian Metro




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan