Apa Yang Tak Boleh Dimakan Dengan Budu

Photo : Karangkraf.com




Budu adalah makan ruji kepada penduduk pantai timur especially di Kelantan & Terengganu. Walaupun namanya BUDU, tetapi budu ini ada pelbagai rasa bergantung kepada si pembuatnya. Ada sesetengah budu tu manis dan ada jugak budu yang masin melampau, tak jugak dilupakan budu yang pedas. Budu dibuat begitu kerasa selera penggemar budu yang berbeza-beza.

Budu bagi saya adalah satu makanan yang cukup versatile. Kenapa saya nyatakan begitu ? Kerana boleh dikatakan semua jenis makanan atau hidangan masuk dengan budu. Even kalau takde hidangan pun takpe kalau dah ada budu.



Budu nih adalah penyelamat kalau perut dah lapar sangat tapi lauk takde. Bagaimana caranya ? Caranya adalah budu dituang kedalam nasik kemudian digaul sebati dan terus dimakan. Simple bukan ? Sama macam cara orang korea yang makan nasik yang digaul dengan kimchi. Kalau diorang gaul dengan kimchi. Orang kita gaul dengan nasik. Kalau nasik takde pun takpe. Boleh digantikan dengan biskut atau roti. Caranya tuang budu dalam piring kemudian ambil biskut atau roti untuk dicicah. Percayalah saya cakap rasanya cukup sedap. Confirm korang akan ulang-ulang makan.

Budu cukup versatile. Boleh dimakan dengan maggi even boleh dijadikan sos burger !!

Selain dicicah dengan ulam, budu nih boleh dijadikan penyedap rasa untuk sajian yang dimasak. Contohnya kalau tengah masak gulai daging/ayam/ikan, try tambah budu dalam tu, confirm nanti gulai tu lagi sedap. Dulu-dulu saya selalu tengok nenek saya time dia masak mesti tak miss tambah budu dalam gulai. Dan sudah tentuk masakan nenek saya sangat sedap.

Korang pernah dengar tak tumis budu ? Pasti tak pernah kan ? Tapi orang dulu-dulu suka buat sambal tumis budu. Saya tak sure sangat resepi sambal tumis budu tapi setahu saya budu tu dimasak bersama-sama santan sehinggalah pekat seghotie. Saya pernah makan dulu-dulu sebab nenek saya pernah buat dan ianya sedap. Kan best kalau sekarang dapat makan nasik dengan sambal tumis budu. Mesti sedapkan.




Budu adalah budaya kita. Sayang sekali kalau budaya kita ini tak diteruskan. Tapi malangnya itulah yang berlaku kini. Anak-anak tidak diajar untuk makan nasik dengan budu. Even ada jugak yang dulu suka budu tapi bila dah besar panjang, dah taknak makan dengan budu, kolot katanya. Saya tak paham apa yang kolot sangat. Cuba tengok orang korea yang cukup berbangga dengan kimchi. Adakah orang korea berasa kolot kalau makan kimchi. Sudah tentu tidak. Bahkan mereka amat berbangga dengan kimchi. Yang takleh blahnya budu kolot tapi kimchi nak pulak makan, nak jadi korea kononnya. Ayuh kita semua pertahankan budaya budu kita. Ajarkan makan nasik dengan budu kepada anak-anak dan korang semua perlu ceritakan dengan bangga sekali budu kepada orang luar yang tak kenal lagi budu.




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Nasi Kerabu Baik Untuk Kesihatan ?