Huawei Tidak Lagi Boleh Menggunakan Perisian Android Dan Google !!

Photo Techcrush

Sebuah berita yang mengejutkan dalam arena teknologi dan telefon pintar apabila Huawei diumumkan telah disekat daripada menggunakan perisian Android dan Google serta-merta.

Difahamkan sekatan yang dikenakan ini berkait dengan perang dagangan diantara Amerika Syarikat dan China dimana Donald Trump selaku presiden Amerika Syarikat telah meletak Huawei sebagai syarikat senarai hitam untuk dagangan untuk negara mereka.




Berikutan keputusan yang dibuat, Huawei tidak lagi menerima akses terbaru buat Android dan servis daripada Google. Lebih parah, aplikasi seperti Gmail yang sudah menjadi kewajipan bagi setiap pengguna telefon pintar juga turut disekat.

Tidak hanya menyekat perisian Android dan Google, Huawei yang sebelum ini menawarkan pelbagai barangan telekomunikasi serta rangkaian 5G bakal turut dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat.




Buat pengguna telefon pintar Huawei, pastinya berita ini merupakan berita sedih buat anda dimana harapan untuk mendapatkan kemaskini Android versi terbaru semakin tipis.

Photo trustedreviews.com

Berikutan keputusan yang dibuat, pastinya orang ramai tidak lagi berminat untuk menggunakan Huawei disebabkan sekatan yang dibuat sekaligus bakal memberi impak besar kepada penjualan telefon pintar Huawei.

Menurut Ren Zhengfai selaku CEO Huawei, mereka sudahpun mempunyai sistem operasi sendiri yang dihasilkan untuk menggantikan penggunaan Android. Sama-sama kita nantikan bagaimana Huawei ingin bangkit semula dalam menyakinkan orang ramai terhadap sistem perisian mereka sendiri tanpa Android pada masa akan datang.

Sumber The Vocket





Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan