Industri Pelancongan Kelantan Mampu Maju Kerana Kelantan Negeri Yang Unik
Saya tak paham kenapa orang bilang kat Kelantan nih takde tempat menarik untuk dikunjungi. Bagi saya tanggapan mereka itu totally wrong !! Kelantan yang bukan sahaja dikenali sebagai Serambi Mekah tetapi jugak Kota Budaya sebenarnya menjanjikan pelbagai aktivit dan tempat menarik untuk dikunjungi. Yang kurangnya kerana tiada usaha untuk explore dengan lebih mendalam apa yang sudah ada di Kelantan ini.
1. Makan
Kalau bab delicacies saya merasakan Kelantan antara yang paling unik berbanding negeri-negeri lain. Kat Kelantan nih sebenarnya terlalu banyak makanan yang lansung tiada diluar yang boleh diangkat sebagai makanan unik Kelantan. Tengoklah sahaja Pulau Pinang yang popular dengan nasi kandar. Kalau kat Kelantan banyak lagi kita boleh popularkan. Antaranya ayam percik, budu, lawa dan list is goes on sebab terlalu banyak.
2. Pantai
Tuhan telah memberikan negeri Kelantan dengan pantai-pantai yang cantik. Siapa tak kenal dengan Pantai Melawi dan Pantai Kandis. Pantai-pantai ini saya boleh katakan antara yang tercantik di Kelantan. Cumanya bab sampah itu perlu diselesaikan. Pantai Senok yang dulu terkenal sebagai Pulau Nami Malaysia kalau dilihat keadaaan disana cukup senok mata. Dengan sampah yang kiri kanan depan belakang, ianya cukup menyakitkan mata.
3. Kota Bharu
Kota Bharu sendiri sebenarnya kaya dengan pelbagai aktiviti. Sebut sahaja wayang kulit, gasing, makyong dan banyak lagi permainan tradisi. Tapi sayangnya ianya tak berapa diwar-warkan. Kan bagus kalau promosi untuk permainan dan hiburan tradisi rakyat Kelantan lebih agresif. Saya takleh imagine confirm ramai pelancong asing yang on transit nak ke pulau di Terengganu akan stay banyak hari di Kelantan.
4. Gunung ganang bukit bukau
Sebut sahaja Gunung Stong mesti ramai dah terbayang air terjun Gunung Stong yang merupakan air terjun antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Selain itu kat Gua Musang ada banyak batu kapur yang menarik yang boleh dipopularkan sebagai destinasi pelancongan lasak.
5. Meneroka pulau di ilir Sungai Kelantan
Ini saya rasa orang Kelantan sendiri tak tahu. Sebenarnya kat ilir Sungai Kelantan tu banyak pulau-pulau yang boleh dikunjungi. Saya pernah pegi sekali dengan menaiki boat kat MIB Kuala Besar. Ianya pengalaman yang saya takleh lupakan. Ulang banyak kali pun takpe.
Sebenarnya banyak lagi yang boleh disenaraikan. Tapi saya nak tahu dari anda sendiri kat mana atau aktiviti apa kat Kelantan ini yang menarik yang boleh memukau perhatian para pelancong selain shopping kat Pengkalan Kubor atau Rantau Panjang atau Wakaf Che Yeng.
Follow FB Maafsebut dengan klik SINI
Pastikan anda SUBSRIBE Maafsebut TV di Youtube





Ulasan
Catat Ulasan