Lelaki Tak Suka Kekasih Dah Kurus, Lagi Suka Waktu Dia ‘Comel’


Pasti ramai di antara anda berazam untuk kurus sehingga bermacam-macam cara dah cuba tetapi tiada yang berhasil. Tidak kurang juga ada yang sanggup berhabis duit dan menelan pil kurus semata-mata untuk dapatkan berat badan idaman.

Baru-baru ini, perkongsian seorang lelaki mengenai transformasi berat badan teman wanita wanitanya menjadi perhatian ramai.

Menurut Hariz Haiyyan, dia mengenali Nik Siti Nur Hidayah empat tahun lalu. Teman wanitanya itu baru sahaja memulakan proses diet sejak sembilan bulan lalu.




Hariz memberitahu dia tidak pernah meminta teman wanitanya itu menurunkan berat badan dan lebih sukakan teman wanitanya yang dahulu.

Bagaimapaun, dia tetap menyokong teman wanitanya itu untuk mencapai impiannya yang mahukan tubuh badan yang sihat dan cantik.

“Dia ada cakap nak sihat dan cantik. Kalau ikutkan saya tak bagi dia diet. Kalau dia kurus confirm lawa.

“Saya lebih suka dia macam dulu. Kalau macam dulu selamanya pun tak apa. Sekarang saya suruh makan dan minum macam biasa tapi dia tak nak sebab dia memang nak jaga makan untuk kurus,” katanya kepada mStar Online.

Kata Hariz lagi, teman wanitanya itu sebelum ini mempunyai berat badan sekitar 125 kg, kini telah mencapai berat ideal iaitu 69 kg turut melakukan senaman di gym, jogging dan berenang untuk menurunkan berat badannya.




Namun lain pula cerita dengan dirinya sendiri, dimana Hariz mendedahkan dia yang mengalami pertambahan berat badan sejak setahun lalu. Ujarnya lagi dia mahu kekalkan berat badan tetapi semakin naik dari 70kg dan kini 100kg.


Harriz turut berkongsikan, kekasihnya itu sanggup membeli sehelai kebaya bersaiz kecil pada tahun 2018 untuk dijadikan sebagai pendorong untuk kurus.

Perkongsian Harriz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji transformasi teman wanitanya. Malah ramai yang mengagumi sikap pemuda tersebut yang tidak memandang paras rupa dalam menjalinkan hubungan.
Jom follow Facebook Maafsebut untuk info terkini negeri Kelantan, Terengganu & Pahang

Sumber Vitdaily





Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?