Pelajar Jerman Bengang Soalan Exam Payoh Tlajok

Gambar sekadar hiasan sahaja





Ribuan pelajar di Jerman menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ekoran soalan peperiksaan persediaan memasuki universiti yang didakwa terlalu sukar.

Petisyen telah dimulakan oleh seorang pelajar di Bavaria, iaitu sebuah negeri di Jerman, yang menggesa pemarkahan  lebih longgar dengan alasan soalan subjek matematik terlalu sukar berbanding tahun lepas.

Dalam pada itu, seorang guru matematik mendakwa dia memerlukan 15 jam untuk menghabiskan ujian terbabit, sedangkan pelajar hanya diberi masa 5 jam sahaja untuk menjawab kertas peperiksaan.




Setakat semalam, 67230 pelajar telah menandatangani petisyen tetapi ada segelintir ahli politik dan pemimpin kesatuan pendidikan mendakwa pelajar tidak harus bersikap terlalu manja.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Jerman memberi respons pihaknya akan meneliti aduan terbabit.

Sumber Sinar Harian

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Kota Bharu : Baru Lama Yang Masih Under Construction

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia