Perantau Kelantan Balik Kampung Dengan Helikopter Untuk Elak Jem


Hari ini viral dikalangan warga Kelantan bila keluar berita warga perantau Kelantan pulang ke kampung dengan helikopter oleh Sinar Harian dan Astro Berita.

Rata-rata warga Kelantan melahirkan rasa bangga dengan kekayaan warga perantau Kelantan sehingga mampu menyewa helikopter dengan caj RM30000 untuk pulang ke kampung.




Yang kaya tu warga kelantan dirantauan. Kekayaan mereka banyak menyumbang kepada negeri dimana mereka merantau. Bagi saya itulah satu kerugian. Negeri Kelantan melahirkan ramai golongan cerdik pandai tapi malangnya kat negeri sendiri takde menyediakan peluang untuk mereka ini.

Kerana itu mereka terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari peluang. Bila mereka berjaya ditempat orang, maka hasil kejayaan mereka itu turut dirasai ditempat mereka merantau.

Kelantan pulak dapat apa ? Sekadar dapat berbangga mereka yang berjaya itu pulang dengan helikopter dari rantauan.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan