Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

Wanita Bawak Anjing Ke Dalam Masjid Cetus Kekecohan

Imej
Video pergaduhan seorang wanita dengan beberapa jemaah di dalam sebuah masjid tular di media sosial, semalam. Menurut sumber, kejadian itu dipercayai berlaku di Kabupaten Bogor, Indonesia. Berdasarkan video yang tular itu, wanita itu dimarahi jemaah masjid kerana memakai sepatu dan membawa seekor anjing di dalam rumah Allah tersebut. Dia kemudiannya ditegur supaya agar membawa anjing tersebut keluar tetapi tidak diendahkan sebelum berlaku pertengkaran mulut di antara mereka. Melihat keadaan menjadi semakin tidak terkawal, seorang jemaah memanggil pihak polis bagi meredakan keadaan. Menurut wanita yang beragama Katolik itu, dia masuk ke masjid kerana suaminya bakal berkahwin di situ.

Brader Kat Terengganu Nih Raih RM1000 Sehari Hasil Jualan Keropok Lekor

Imej
Seorang peniaga keropok lekor di Wakaf Tapai berjaya meraih pendapatan RM1,000 sehari sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri. Pemilik ‘Peza Keropok Lekor Wakaf Tapai’, Faizal Yunos, 32, berkata, dia tidak menyangka mampu memperoleh hasil sebanyak itu. Katanya, permintaan terhadap keropok lekor meningkat sepanjang tempoh itu dan kebanyakannya untuk majlis rumah terbuka hari raya. Menurut Faizal, usahanya untuk menghasilkan keropok lekor berkualiti selepas diuji dengan masalah kewangan empat tahun lalu, akhirnya membuahkan hasil apabila produknya itu dipuji oleh masyarakat di sekitar Marang. Niatnya juga dalam mencari dan memberi nafkah kepada isteri serta empat orang anak, membuatkan dia terus bersemangat serta berusaha untuk meneruskan perniagaan itu walaupun permulaannya tidak memberikan hasil yang lumayan. Tambahnya, kini dia bercita-cita untuk mengembangkan lagi perniagaan yang memperoleh RM300 hingga RM500 sehari pada hari biasa itu dengan membuka sebuah kilang ke...

Rihana Oksana Petra Berkongsi Di Instagram Mahu Lebih Ramai Anak

Imej
Isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra bersedia seandainya dikurniakan cahaya mata yang ramai. Jelasnya, menjadi ibu merupakan perkara terbaik yang berlaku dalam hidupnya apatah lagi selepas melahirkan putera sulungnya, Ismail Leon sebulan lalu. “Segala keraguan saya terhadap menjadi ibu orang memang tiada berbatas. “Masa inilah detik yang paling bermakna di dalam kehidupan seorang wanita. Yang paling penting, saya tidak takut lagi untuk menjadi seorang ibu. “Jika saya dikurniakan lebih cahaya mata oleh Allah, saya akan menerima kurniaan itu dengan segala kesyukuran,” tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram. Sementara itu, Rihana turut berkongsi kisah cahaya mata sulungnya, Ismail Leon yang susut berat badannya akibat penyakit kuning. “Sebulan yang lalu, saya menjadi ibu kepada cahaya mata sulong saya Ismail Leon. Cara hidup saya berubah buat selamanya pada saat itu. Menjadi ibu adalah tanggungjawab yang besar. “Berat bad...

Sado Tapi Berjalan Macam Angsa

Imej
Ketika ini seakan-akan menjadi trend sebahagian besar lelaki maskulin memberi perhatian terhadap penjagaan bentuk badan. Lelaki seperti ini sanggup memperuntukkan sebahagian daripada wang gaji bulanan untuk membeli protein, suplimen, membayar jurulatih dan yuran pusat kecergasan. Semuanya kerana mahu mendapatkan bentuk badan yang seksi dan berotot. Kebanyakan lelaki beranggapan, bentuk badan yang menarik terutamanya jika memiliki six pack menjadikan mereka lebih maco, segak dan lebih berketrampilan berbanding lelaki berbadan ‘gelebeh’, boroi atau kurus kering. Tapi jangan terlalu taksub dengan bentuk badan sasa kerana kelebihan itu sebenarnya gagal menarik perhatian segelintir wanita. Tiga sebab ini membuatkan lelaki badan sasa itu mungkin akan dipandang sebelah mata oleh seseorang wanita. Dada lelaki seperti ada payudara… Eh! Geli Bahagian dada lelaki antara kawasan paling menonjol jika mereka memakai pakaian body fit. Bonjolan pada dada kelihatan sepe...

Pengalaman Dikurung Dalam Reban Ayam Menjadi Sebab Pelajar Terengganu Ini Cemerlang Dan Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara Dibawah Tajaan Petronas

Imej
Seorang penerima biasiswa Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) 2019 yang bakal melanjutkan pengajian ke United Kingdom berkongsi pengalamannya yang rela dikurung dalam reban ayam gara-gara malas ke sekolah, 11 tahun lalu. Tengku Muhammad Ashraf Tengku Mamat, 18, berkata, walaupun cuma lima minit, namun hukuman yang dikenakan ayahnya, Tengku Mamat Tengku Ngah, 67, ketika dia baharu memulakan alam persekolahan tahun satu itu ternyata memberi pengajaran besar apabila dia mulai rajin ke sekolah, bahkan turut menyuntik motivasi untuk cemerlang dalam pelajaran hingga mampu meraih keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu. Anak bongsu kepada pasangan buruh dan suri rumah dari Kampung Nerang Jerangau di Dungun itu merupakan antara 40 pelajar cemerlang lepasan SPM 2018 negeri ini yang terpilih melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di United Kingdom dalam bidang kejuruteraan mekanikal dengan bakal mengikuti program peringkat A Level di Kolej Yayasan UEM, Le...

Kerajaan Mahu Ambil Pekerja Afrika Sebab Orang Malaysia Tak Mahu

Imej
Menteri Sumber Manusia mengetengahkan untuk membawa masuk pekerja dari Indonesia selepas pekerja asing dari Vietnam dan Indonesia tidak mahu lagi datang untuk bekerja di negara ini disebabkan gaji yang diterima tidak jauh berbeza dengan negara asal. Walaubagaimanapun, ianya masih diperingkat cadangan dan akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam mesyuarat kabinet. Mengulas mengenai cadangan itu, Perdana Menteri berkata Keengganan rakyat Malaysia terlibat dalam sektor peladangan menyebabkan kerajaan bercadang untuk mengambil pekerja Afrika bagi menampung keperluan tenaga pekerja dalam sektor berkenaan. Malaysia bukan lagi negara tenaga buruh murah Pada pendapat saya, Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada tenaga buruh murah untuk menarik pelaburan asing kerana negara-negara lain seperti Vietnam, China, Laos dan banyak lagi negara lain menawarkan tenaga buruh murah yang jauh lagi murah. Membawa masuk buruh asing untuk memastikan tenaga asing kekal murah bagi ...

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?

Imej
Korang pernah naik kelas pertama atau kelas business time didalam pesawat ? Kalau saya tak pernah lagi setakat ini. Maklumlah tiket untuk kedua jenis kelas ini amatlah mahal apatah lagi kalau terbang ke luar negara. Mesti korang tertarik nak tahukan apa yang menarik sangat pasal kedua kelas mewah didalam pesawat ini kan ? Pertama sekali, kedua kelas didalam pesawat ini berbeza bergantung kepada syarikat penerbangan. Selain bergantung kepada syarikat penerbangan yang mana satu, ianya jugak bergantung kepada kemana penerbangan itu akan pergi dan jugak jenis pesawat. Kelas pertama yang paling exclusive setakat ini ditawarkan oleh Singapore Airlines dan Emirates. Kalau 1st Class Emirates lagilah mewah, siap tertutup macam bilik lagi Harga pulak macam mana ? Kalau dengan Singapore Airlines, korang perlu sanggup untuk membayar tiket berharga Singapore Dollar 23000 !! Try convert kepada Ringgit. Harga boleh beli Honda sebijik kot. Selain privacy yang dinikmati o...

Usahawan Muda Kelantan Beli Tudung Berharga RM70000

Imej
Jika sebelum ini tudung Bawal Exclusive (BE) bernilai RM50,000 dianggap tidak masuk akal atas harganya, kali ini nitizen tidak perlu terkejut kerana tudung termahal di dunia berharga RM70,000 pula bakal diperagakan. Memetik Sinar Harian, perkara tersebut dimaklumkan Pengasas BE, Haliza Maysuri, bersempena Oscar’s Glamorous Night With As Galleria, yang sekali gus memecah rekod harga tudung termahal sebelum ini iaitu RM50,000. Difahamkan, tudung eksklusif itu bertahtakan swarovski dan diimport dari Austria itu sudah ditempah dan bakal menjadi milik seorang usahawan berusia 30-an dari negeri Kelantan.

Kelantan Tarik Balik Tuntutan Saman Royalti Minyak

Imej
Pertikaian berhubung isu tuntutan royalti minyak membabitkan Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Persekutuan selesai hari ini. Ia berikutan kerajaan negeri menarik balik tuntutan saman yang difailkan sembilan tahun lalu melalui notis pemberhentian yang difailkan di Mahkamah Tinggi hari ini. Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache membatalkan saman berkenaan tanpa sebarang perintah berhubung kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula. Dalam prosiding di kamar hakim itu, kerajaan negeri diwakili peguam Aleeya Elyana Ahmad Mahreez, manakala Peguam Kanan Persekutuan Natra Idris bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutuan. Yang turut hadir, peguam Syukran Shafiq mewakili PETRONAS yang sebelum ini dinamakan sebagai defendan tunggal dalam kes saman itu. Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan kemudian berjaya dalam permohonan untuk menjadi pencelah dan dinamakan sebagai defendan kedua. Selepas sembilan tahun kes berlarutan, kerajaan negeri pada 13 Mei lalu menarik...

Kini Anda Boleh Update Smartphone Huawei & Honor Dengan EMUI 9.1

Imej
Kalau korang menggunakan smartphone Huawei atau Honor, ini ada berita baik untuk anda !! Huawei kini dah mula membenarkan pemilik telefon jenama berkenaan untuk mengemaskini EMUI dengan yang terkini iaitu EMUI 9.1 Apa beza EMUI 9.0 yang lama dengan EMUI 9.1 yang baru ? EMUI 9.1 membawa set ikon baru yang telah direka semula secara khusus untuk kelihatan lebih realistik dan berbeza. Dengan EMUI 9.0 pengurusan sistem telefon korang jugak lebih pantas. Ini berikutan pihak Huaiwei telah memperkenalkan pengurusan sistem yang dikenali sebagai EROFS dimana. Dengan EROFS, aplikasi 10 peratus lebih cepat dan 20 peratus lebih cepat dalam random read performance. EROFS jugak lebih selamat kerana pihak ketiga tidak boleh reformat system partition. EMUI 9.1 turut menampilkan teknologi peningkatan prestasi GPU Turbo 3.0 yang dikuasai oleh AI. Upgrade terbaru ini dibuat khusus specifically untuk 25 jenis games yang paling popular didunia. So nanti kalau korang main...

Nama Anaknya Google

Imej
Seorang bapa di Indonesia, memecahkan tradisi masyarakat dengan menamakan anaknya sebagai Google. Bunyi pelikkan ? Tapi beliau memberitahu idea untuk menamakan anaknya dengan nama teknologi tercetus time isterinya mengandung 7 bulan. Pada awalnya dia berhasrat untuk menamakan anaknya sebagai iPhone, Windows atau Microsoft namun Google jugak yang dipilih. Katanya lagi, dia memberikan anaknya dengan nama tersebut dengan harapan anaknya akan menjadi seorang pemimpin satu hari nanti. “Saya beritahu pada bapa, Pak, Google itu ada maksud yang baik kerana Google membantu ramai orang. Harapnya Google boleh jadi orang yang berguna,” katanya. Meskipun ramai yang mengecam kerana memberikan nama tersebut, namun Andi memberitahu dia tidak mengendahkannya dan hanya menerima komen yang baik sebagai doa. Dalam pada itu, Andi berkata setakat ini tiada pihak google yang menghubunginya berhubung nama anaknya itu.

Berapa Sebenarnya Pendapatan Youtuber ?

Imej
Sebenarnya sudah lama orang ramai tertanya-tanya "berapa pendapatan yang dijana oleh Youtuber"? atau "berapa yang dibayar oleh Youtube bagi setiap tontonan video?". Menjadi Youtuber adalah lumayan kerana hasil yang didapati boleh sahaja mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Sebab itu tak perlu heran kalau ada Youtuber memakai kereta mewah. Korang mungkin kenal nama seperti Aliff Irfan dan Syazmi Syazli kan ? Namun di Malaysia mungkin tidak begitu ramai yang menjana pendapatan sebagai Youtuber namun di Amerika Syarikat, orang ramai berebut-rebut menjadikan Youtuber sebagai kerjaya tetap kerana pulangannya adalah sangat lumayan. Sebagai contoh, pendapatan Youtuber PewDiePie pada tahun 2017 adalah sebanyak RM64.2 juta setahun, jauh meninggalkan gaji CEO di Malaysia. Dari Mana Datangnya Duit Tu ? Sebenarnya para Youtuber ini dibayar oleh Google hasil dari periklanan di video Youtube mereka. Para Youtuber akan dibayar 55 peratus komisen mana...

Peniaga Online Kantoi Buat Contest Guna Duit Palsu Time Tengah Live

Imej
Pelbagai cara atau teknik pemasaran digunakan oleh peniaga-peniaga atas talian bagi mendapatkan perhatian pelanggan. Antara teknik pemasaran yang sering digunakan oleh peniaga online ialah mengadakan pertandingan atau kontest yang menawarkan hadiah yang lumayan kepada pelanggan yang layak. Selalunya, kontest akan dibuat secara ‘live’ menerusi laman sosial kerana ianya lebih mudah dijalankan berbanding kaedah konvensional. Bagi melayakkan pelanggan menyertai kontest tersebut, mereka perlu terlebih dahulu berkongsi ‘live’ berkenaan ke mana-mana kumpulan Facebook. Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang peniaga online membuat kontest dengan menayangkan ‘puluhan ribu’ duit palsu. Berdasarkan video tersebut, wanita itu memegang sejumlah wang sambil menjemput netizen menyertai sesi siaran langsung itu. Kelihatan juga beberapa keping not berjumlah RM100 diletakkan di atas meja. Insiden kantoi itu dilihat ketika wanita itu mengambil salah satu duit RM100, di be...

"Dunia Ini Tak Adil Untuk Kami OKU" - Rintihan Seorang Bekas Doktor

Imej
Time melayari facebook sebentar tadi, saya terjumpa 1 post oleh seorang bekas doktor dari Temerloh yang berkongsi pengalamannya menjadi OKU. Hanya kerana dia OKU, dia terpaksa melupakan hasrat menjadi seorang doktor. Dia jugak turut menyatakan kekesalannya dengan mentaliti masyarakat Malaysia yang masih mempunyai stigma terhadap orang kurang upaya (OKU). Beliau dikategorikan Orang Kurang Upaya mental yang mana menghidap penyakit Bipolar Type 2. Disebabkan itu Farhan terpaksa berhenti kerja atas desakan bidang profesional itu sendiri. Saya adalah seorang OKU Saya sebagai bekas doktor dan kini pemilik kedai aksesori telefon DR.fone amat kesal dengan mentaliti masyarakat malaysia yang masih mempunyai stigma terhadap orang kurang upaya (OKU) kerana saya sendiri adalah OKU (mental) iaitu Bipolar Type 2 (Bukan gila). Sebenarnya sebab utama saya berhenti dari menjadi doktor adalah kerana stigma yang terlalu kuat terhadap orang OKU walaupun dikalangan profesional dalam kes saya di...

Netizen Salute Gadis 22 Tahun Ni Jadi Jurukimpal Wanita Malaysia Pertama Dalam Air

Imej
Setiap hari ada saja kisah kejayaan rakyat Malaysia yang memberi inspirasi buat semua. Hari ini kita disajikan dengan kisah kejayaan gadis berusia 22 tahun bernama Nurizzati Athirah Mohamad Yusoff yang telah dinobatkan sebagai wanita pertama Malaysia menjadi jurukimpal dalam air. “Satu-satunya wanita yang mempelajari bidang kimpalan pada tahun 2013” Menerusi perkongsian di Facebook, Nurizzati yang juga dikenali sebagai Athirah ini merupakan graduan Kolej Vokasional Taiping, Kamunting di Perak. Dia yang merupakan anak kedua daripada 4 adik beradik telah dibesarkan di Kampung Kuala Sungai Rambutan, Rantung Panjang, Selama, Perak. Menceburi bidang kerjaya kimpalan bawah air ni dah jadi impian Athirah buat sekian lama dan dia juga katanya merupakan satu-satunya pelajar wanita yang ambil bidang ‘welding’ kat kolej tersebut pada tahun 2013. Nah gambar Athirah tengah buat welding dalam laut. Powerrr! “Ni kalau hantaran mesti mahal dari gajinya. Seb...

Peluang Pekerjaan Kerajaan Negeri Kelantan

Imej
Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan, dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut: 1. PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29 2 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 TARAF PERKHIDMATAN: TETAP Syarat-syarat kelayakan permohonan bagi setiap jawatan (Skim Perkhidmatan) boleh dirujuk di sini. http://www.spn.kelantan.gov.my/images/pdf/skim.pdf CARA MEMOHON: 1. Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang diperolehi melalui pautan ini https://putra12.spa.gov.my 2. Sila rujuk PANDUAN PENGGUNA bagi membuat permohonan ini. TARIKH PERMOHONAN : 25 Jun 2019 hingga 08 Julai 2019 (Isnin) jam 11.59 malam. UMUR Calon-calon lantikan adalah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan....

Like FB Maafsebut