Berapa Sebenarnya Pendapatan Youtuber ?


Sebenarnya sudah lama orang ramai tertanya-tanya "berapa pendapatan yang dijana oleh Youtuber"? atau "berapa yang dibayar oleh Youtube bagi setiap tontonan video?".

Menjadi Youtuber adalah lumayan kerana hasil yang didapati boleh sahaja mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Sebab itu tak perlu heran kalau ada Youtuber memakai kereta mewah. Korang mungkin kenal nama seperti Aliff Irfan dan Syazmi Syazli kan ?

Namun di Malaysia mungkin tidak begitu ramai yang menjana pendapatan sebagai Youtuber namun di Amerika Syarikat, orang ramai berebut-rebut menjadikan Youtuber sebagai kerjaya tetap kerana pulangannya adalah sangat lumayan.

Sebagai contoh, pendapatan Youtuber PewDiePie pada tahun 2017 adalah sebanyak RM64.2 juta setahun, jauh meninggalkan gaji CEO di Malaysia.




Dari Mana Datangnya Duit Tu ?

Sebenarnya para Youtuber ini dibayar oleh Google hasil dari periklanan di video Youtube mereka. Para Youtuber akan dibayar 55 peratus komisen manakala selebihnya akan diambil oleh pihak Google.

Jadinya, semakin ramai yang menonton video, semakin banyaklah komisen hasil pengiklanan akan diperoleh oleh Youtuber itu.

Untuk menjana pendapatan hasil pengiklanan di Youtube ini bukan senang. Youtube telah menetapkan sebelum mana-mana Youtuber layak untuk menjana income dari pengiklanan, Youtuber perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 1000 subscriber dan jumlah terkumpul tontonan selama 4000 jam dalam tempoh 12 bulan. Kalau tak menetapi syarat yang ditetapkan ini, sorry korang tak layak lagi untuk mendapatkan income dari hasil pengiklanan di Yotube.

So ada sapa-sapa teringin nak jadi Youtuber tak ?



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?