Bertuahnya Rizalman Permaisuri Agong Datang Rumah Masak 5 jenis lauk
Pereka fesyen terkenal tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah berkenan mencemar duli memasak di kediamannya.
Perkara itu dikongsikan di laman sosial Instagram milik beliau yang memaklumkan Tunku Azizah telah memasak lima jenis lauk dalam masa sejam setengah sahaja.
Menjunjung kurnia Tuanku
“Gulai nenas udang, asam pedas ayam daun kesom, pindang serani ikan jenahak, ikan bilis masak kicap dan sayur buncis udang kering,” jelasnya melalui live video di Instagram.
Gambar yang dikongsikan oleh Rizalman ketika Permaisuri Agong tengah beraksi di dapur.
Kehadiran Tunku Azizah bagai sebuah mimpi menjadi kenyataan.
“Saya benar-benar terharu dengan keberangkatan baginda yang tidak lokek di dapur termasuk membuka plastik dengan gigi,” tambah Rizalman.
Perkongsian itu berjaya meraih lebih 7,000 ribu Like oleh pengikutnya yang rata-rata berasa kagum dengan sikap Raja Permaisuri tersebut yang tidak kekok lansung memasak di dapur.
Saya cukup kagum mempunyai Permaisuri Agong yang humble macam ini
Sumber Rizalman
Ulasan
Catat Ulasan