Kenapa Jejaka Kelantan Kacak & Bijak ??
Tak dapat dinafikan kat Malaysia kita nih, Kelantanlah yang banyak menghasilkan jejaka-jejaka kacak dan bijak yang menjadi kegilaan para wanita diluar sana.
Jejaka Kelantan nih kacaknya lain macam sikit. Try letak jejaka dari luar dengan jejaka dari Kelantan, akan nampak perbezaan ketara walaupun mungkin diorang itu sama-sama kacak tapi tulah nak bagitau jejaka kelantan nih kacaknya lain macam sikit, tak sama dengan kekacakan jejaka dari luar Kelantan. Contohnya ramai jejaka dari Kelantan kulitnya putih kemerahan. Berbeza sekali dengan kulit orang sebelah luar yang putih kekuningan.
Jadinya, apakah rahsia jejaka kelantan nih ramai yang hensem ? Adakah disebabkan pemakanan ? Adakah semulajadi dari kecik memang dah hensem ? Atau mungkin ada sebab-sebab lain yang boleh kita semua cuba supaya kita jugak boleh menjadi kacak seperti mereka ?
1. Faktor keturunan
Kalau korang semua nak tahu pada zaman dahulu especially sebelah Kelantan Utara, banyak kota-kota yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa. Kemakmuran kota-kota ini menarik ramai orang dari serata dunia untuk berdagang di Kelantan. Dalam ramai-ramai tu, ada yang jatuh hati dengan warga tempatan dan seterusnya berkahwin. Sebab tu sekarang kalau kita tanya diorang pasal keturunan, ramai yang mention diorang berketurunan dari arablah, dari siamlah, dari belah acheh lah, dari belandalah, kacukan cina lah.
2. Lelaki kelantan pandai bergaya
Bab bergaya dan mencuba style baru, lelaki kelantan memang berani. Mungkin asalnya tak hensem tapi kerana dia pandai bergaya dan bermain dengan style, terus nampak cukup hensem. Tak percaya ? Try tengok dalam instagram.
3. Faktor budu
Ini satu keunikan kat Kelantan. Budu tu banyak keistimewaanya. Banyak pakar dah kaji dan ianya turut menyumbang menjadikan jejaka kelantan hensem dan kacak semuanya. So saya nasihatkan anda semua banyakkan mengamalkan makan budu untuk transform diri anda dari tak berapa kacak kepada seorang yang kacak.
4. Jejaka kacak kelantan tak merokok
Sape kata merokok itu macho ? Takdenya macho. Merokok boleh menyebabkan seorang itu tak berapa nak kacak. Kebanyakan jejaka kacak kelantan nih mana ada merokok. Sentuh vape pun tak. Sebab tu diorang kebanyakannya kacak dan hensem. So kepada korang yang tengah merokok tu saya nasihatkan baik berhenti. Sebelum ini saya dah pernah share artikel tentang seorang jejaka yang terus berubah dari huduh kepada kacak selepas mengambil keputusan berhenti merokok.
5. Jejaka kelantan pandai jaga badan
Kat Kelantan nih pusat gym bak cendawan selepas hujan. Boleh dikatakan amat mudah untuk nak workout kalau kat Kelantan nih kerana pusat gym terlalu banyak. Kenapa terlalu banyak ? Sebab jejaka kelantan yang hensem nih sentiasa menjaga kesihatan dengan bersenam. Bila jaga kesihatan, sudah tentulah badan kelihatan lebih muda dari usia. Betul tak ?
Sebagai penutup, artikel ini bukan bertujuan nak UP kan orang Kelantan tapi dah memang realiti jejaka kelantan ramai yang kacak dan hensem. So artikel ini cuba merungkai beberapa faktor yang mungkin menyumbang kepada kehenseman mereka. Lagi pun dari 5 faktor yang saya kongsikan, 4 faktor tu boleh anda amalkan dalam hidup seharian kita supaya one day anda jugak mampu menjadi hensem seperti jejaka kelantan kacak yang lain.
Ulasan
Catat Ulasan