Perempuan Sebenarnya Tak Suka Lelaki Merokok
Bagi lelaki, bila merokok akan kelihatan macho dan kejantanan. Namun pada pandangan wanita, seperti mana yang pernah saya try survey, mereka tak berapa gemar lelaki yang merokok.
Reason kenapa si perempuan tak suka lelaki merokok adalah kerana bau rokok itu tak menyenangkan. Bau rokok busuk menurut mereka.
Lepas tu pulak mereka berpendapat lelaki yang suka merokok nih lebih pentingkan rokok dari diri mereka. Lihat sajalah time bulan ramadan. Masuk saja waktu berbukak, terus dicarinya rokok. Lepas tu kalau gi dating makan bersama-sama, lelaki sanggup tinggalkan wanita demi menghisap rokok meninggalkan si wanita keseorangan di meja makan.
Wanita jugak berpendapat rokok itu pesaing mereka. Buktinya kalau rokok takde even sehari, lelaki yang merokok tak senang duduk seperti hilang arah. Kalau wanita takde ? Takpe boleh cari lain. Takpun hidup single. Yang penting rokok tak putus.
Jadi kepada lelaki yang merokok diluar sana. Tinggallah rokok. Merokok tak macho. Merokok itu membunuh dalam senyap. Macam black widow lah. Ianya akan makan kita sedikit demi sedikit dari dalam.
Jangan lupa untuk follow Facebook Maafsebut untuk update terkini Kelantan, Terengganu & Pahang.
Ulasan
Catat Ulasan