Seronoknya Dapat Makan Dim Sum Kat Hotel Renai Kota Bharu
Maaflah sebab saya nih darak sikit. So bila first time dapat breakfast kat hotel mewah 5 bintang kat Kelantan rasa teruja pulak.
Asalnya ingat nak gi breakfast tempat biasa-biasa jea tapi disebabkan member request untuk makan Dim Sum yang fresh, dah takde tempat lain dah pegi kalau nak cari dimsum halal kalau bukan kat Hotel Renai Kota Bharu.
Sebelum pegi tu saya dah call awal-awal untuk bertanyakan pasal harga. Staff dia bagitau RM28 dan bagi saya ianya teramat murah berbanding dengan satu lagi hotel yang saya call sebelum itu yang mengenakan caj sekitar RM36.
Restoran yang menghidangkan dimsum ini berada di tingkat 6 Hotel Renai. Nama restoran itu adalah Dynasty Restaurant (restoran makanan china).
Time saya sampai tu pelanggan tak berapa ramai. Yang bestnya hidangannya banyak. Bukan setakat dimsum jea ada, turut disediakan pelbagai jenis hidangan goreng, ada bubur lagi, hidangan steam, lepas tu ada pulak pelbagai jenis pemanis mulut. So dengan RM28 tu rasa berbaloi sungguh.
Saya nih hantu dimsum. Pernah dulu try makan kat kedai biasa. Tapi honestly to say, lansung tak sedap !! Sebab saya dah terbiasa makan dimsum yang dibuat fresh setiap hari, so bila makan dimsum frozen nih rasa dia lain macam. Dah la frozen yang entah bila. Rasa tak berbaloi.
Saya ambil dalam 30 - 40 jenis dimsum. Semuanya sedap-sedap belaka. Lepas tu yang buat saya excited sebab ada kaki ayam. Saya gemar kot makan kaki ayam. Yummmm....sedap sangat kot.
Nama apa dimsum yang saya makan tu jangan ditanya sebab saya tak tahu. Yang saya tahu adalah hanya makan sahaja. Hehehe
Lepas tu kalau korang teringin jugak nak makan dimsum seperti saya, buffet dimsum nih adalah setiap hari. Kalau weekend diorang bukak awal, kalau hari lain dalam tengah hari baru ada. Pegi lah sebab tak rugi.
Saya jugak ada berkongsi post saya makan dimsum kat Page Maafsebut yang mendapat lebih 200 Like !!
By the way jangan lupa untuk anda semua Follow FB Maafsebut untuk update terkini negeri-negeri pantai timur. Rugi kot kalau tak follow Page FB Maafsebut nih !! Klik jea butang like kat bawah yea






Ulasan
Catat Ulasan