5 Jenis Kawan Yang Boleh Diajak Travel Bersama !!


Pergi melancong ke mana-mana bersama member 1 kepala memang best. Tapi ianya jadi tak best kalau member korang tu membawa masalah kepada korang. Yang jenis janji nak gi melancong tapi bila sampai masa tak jadi tu pun kena jauhkan jugak. So untuk memastikan pelancongan korang tu menjadi memori indah bersama, pilihlah kawan yang jenis berikut:



Food Hunter : Pasti ada antara rakan korang yang food hunter. Ajaklah mereka kerana perjalanan korang akan menjadi lebih mudah kerana mereka sudah pasti ada beribu list makanan untuk makanan viral dan sedap di setiap lokasi yang korang tuju. Pasta di Jepun? Sushi di Morocco? Nasi lemak di Lake Baikal? You name it, you will get it. Everything just in my pockets *flips shawl*

Instagram Photographer : Rakan yang pakar dalam fotografi juga memudahkan korang dan pastinya korang tak perlu memikirkan angle mana yang nampak cantik atau nampak kurus kerana rakan korang boleh menyelesaikan masalah korang dengan skil mereka mengedit gambar. Jadi korang tak perlu risau kalau korang akan nampak gemuk di dalam gambar.


Itinerary Planner : Actually bagus juga jika korang mempunyai seorang rakan yang rajin plan itinerary. Sudah pasti akan menjimatkan masa dan segala booking hotel, flight dan entrance akan mereka lakukan terlebih dahulu. Setiap perjalanan perlukan seorang sang pencatat.

Discount Buddy : Bagi seorang backpackers, mengembara tidak semestinya perlukan bajet yang besar. Rakan yang memiliki kemahiran tawar-menawar semasa shopping sangat-sangat diperlukan untuk membeli souvenir atau barangan peribadi. Kebiasaannya, mereka suka menghabiskan masa untuk explore segala bagai website untuk mengetahui kos anggaran, collect kupon diskaun atau masuk contest travel.

Language Expert : Kekangan bahasa ketika travel selalunya agak menyukarkan pergerakan. Jadi Google Translate sangat diperlukan kalau keadaan mendesak tetapi jika korang ada rakan yang expert beberapa bahasa asing adalah lebih bagus kerana Google Translate pun kadang-kadang translate maksud yang berbeza dengan apa yang korang nak sampaikan.



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?