Brader Usahawan MARA Kat Machang Ini Mampu Jual Sate RM150K Sebulan !!


Kalau disebut Kedai Sate Kak Mah 3 kat Machang sape yang tak kenal ? Sate yang menggunakan resepi turun temurun ini cukup glamer di Kelantan. Kalau korang datang sini apabila kedai dibukak pada waktu petang, confirm akan sentiasa ramai sehinggalah kedai ditutup.

Apa rahsia orang ramai nih ? Apa sebab Sate Kak Mah 3 nih sedap ?



Menurut Yoe iaitu pemuda pemilik kedai sate sohor ini, sate yang dijual disini menjadi tumpuan kerana bahan perapan untuk sate itu adalah resepi dari datok neneknya sendiri. Sebab tu sate dan kuah kacang yang dijual kat kedai Yoe nih lain macam kesedapannya. Boleh ketagih dibuatnya.

Kalau dulu datok neneknya hanya jual sate kat gerai kecik, kemudiannya disambung oleh ibu ayah kepada Yoe, dibawah Yoe, Yoe mahukan perbezaan. Yoe memberanikan diri mengambil risiko membuka kedai sate. Dan risiko yang diambil oleh Yoe paid off apabila kedai sate beliau mendapat sambutan.



Cita-cita Yoe
Yoe ini seorang yang bercita-cita tinggi. Beliau taknak satenya hanya sekadar dijual kat kedainya sahaja. Beliau mahu sate resepi rahsia warisan turun temurun itu dapat dijual serata Malaysia dan boleh dieksport ke luar negara seperti London, Paris, New York, Dubai dan sebagainya. Kerana itu dia telah membukak kilang untuk memproses sate. Yang hebatnya pasal kilang sate brader Yoe ini, ianya mempunyai sijil untuk amalan pengilangan yang baik & kini dalam proses untuk mendapatkan halal JAKIM.


Kedai yang lebih besar
Kalau dulu Yoe berniaga kat kedai yang disewa kat tepi stesen minyak Petron, kini untuk lebih maju dan terkedepan, Yoe telah berpindah ke lokasi baru sebelah Klinik Premier. Yoe telah menyewa 2 bijik kedai dan telah diubahsuai dalamannya supaya nampak lebih modern dan memberi keselesaan kepada pelanggan yang datang untuk menikmati sate enak Sate Kak Mah 3.




Menu baru Sate Waghyu
Pernah makan sate Waghyu ? Saya rasa takde lagi tempat lain kat Kelantan ini menjual Sate Waghyu selain kat kedai Sate Kak Mah 3 ini. Rare kan ? Rasa sate dari daging lembu Waghyu ini berbeza sungguh dengan sate daging biasa. Bila digigit, ianya lembut dan tidak liat. Lemaknya tak muak, bila digigit masuk dalam mulut terus cair. Sedap wehh !! Kalau korang datang makan sini wajib kena order Sate Waghyu yea.




Dengki adat resam berniaga
Yoe bercerita kepada saya, sepanjang beliau menguruskan perniagaan sate ini, tak pernah sunyi dari orang dengkilah, orang sakit hatilah. Namun Yoe bagitau saya, ianya taknak semua itu menjadi penghalang untuk melihat Kedai Sate Kak Mah 3 terus maju. Beliau jadikan itu semua sebagai pencetus semangat untuk dia terus maju. Dia taknak manusia spesies suka sakit hati dan berdengki ini menjadi penghalang akan kejayaannya.



Pesan Yoe kepada peniaga yang baru nak start berniaga
Pesan Yoe kepada peniaga yang baru start berniaga, jangan cepat putus asa. Apa-apa bisnes pun pada awalnya sukar dan banyak rintangan. Kalau time awal-awal pun dah mengalah, macam mana bisnes nak maju. Jangan didengar sangat orang yang mengaku sifu perniagaaa, bercakap bombastik, tapi actually habuk pun takde. Takde modal besar, mulakan dengan kecil-kecilan. Jangan terpedaya dengan kata-kata orang, modal besar baru boleh mula berniaga. Kalau nak tunggu modal besar, sampai mati pun tak start berniaga.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?