Tempat Lepak Best Kat Kuala Terengganu


Korang kat Kuala Terengganu tak tahu nak lepak kat mana ?? Meh saya kongsikan beberapa tempat yang sempat saya terokai kat Kuala Terengganu.



Kalau korang suka makan steak dan burger boleh gi try kat Martion Cafe. Harganya mungkin mahal sikit tapi berbaloi


Oliva Cafe. Yang teringin nak makan western yang lebih high end boleh try sini.



Nak bingsui ? Boleh cuba kat Mykori Dessert Cafe. Bingsui diorang nih besar. So better makan untuk 3 orang.





Teringin nak minum air keju ? Boleh try kat The Buddies Cafe



Nak santai sambil minum kopi ? Boleh try Teh Coffee Lab


Nak try asian fusion food ? Boleh cuba kat The Pallet Cafe



Teringin nak lepak sambil nak makan makanan berasaskan roti, boleh try The Roti Cafe


Nak try macha tea ? Boleh minum kat Mori Tea & Dining




Tak tahu nak pegi mana sambil tunggu movie kat LFS start ? Boleh singgah kat Rollie Cafe. Hanya bertentangan dengan UTC Kuala Terengganu


Seasky


Saya rasa kedai kopi ini antara yang terawal menawarkan menu hipster kepada penduduk Kuala Terengganu. Kawa Cafe





Sedap ke tidak ?

Soalan ini saya takleh nak jawab kerana taste adalah masing-masing. Kan nanti kalau saya kata situ sedap korang gi try sendiri tak sedap pulak. So better korang gi try sendiri.



Sekarang ini banyak sungguh kedai yang hipster dan rekaan dalaman yang menarik dibukak kat Kuala Terengganu. Dan ianya satu perkembangan yang baik kerana memberi pilihan kepada warga Kuala Terengganu untuk lepak sambil makan dan minum ditempat pilihan mereka.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan