5 Perkara Penting Jika Anda Mahu Drive Sendiri Kereta Untuk Makan Angin Di Thailand


Korang nak drive sendiri ke Hatyai? Krabi? Phuket? Di sini saya berikan 5 perkara penting sebelum korang nak bawa kereta ke Thailand.

1. Petrol
Walaupun di Malaysia harga petrol dirasakan sangat mahal (latest RM 2.10), tetapi harga minyak ron 95 di Thailand berganda ganda mahal. (latest RM 4.65) So korang boleh isi full siap2.

Cth : Bukit kayu hitam-Krabi-Bukit kayu hitam cukup kalau isi full.

2. Passport
Anda mesti ada passport yang tidak kurang daripada 6 bulan dari tarikh tamat tempoh. Untuk boader pass cuma boleh sampai Hatyai saja tau!



3. Arrival Card
Anda juga perlu mengisi borang ‘Arrival Card’ berwarna biru ini dan diserahkan kepada kaunter imigresen bersama passport. Borang ini boleh dibeli di sempadan atau stesen minyak berdekatan dengan harga RM 1.

Setelah diserahkan kepada pegawai, mereka akan memulangkan passport dan satu lagi bahagian daripada borang tersebut yang tertulis ‘Departure Card’ untuk diserahkan pula apabila anda keluar dari Thailand nanti.

4. Geran kenderaan
Anda boleh sama ada yang asal atau salinan yang disahkan oleh balai polis. Di pekan changloon berhadapan pasaraya C Mart ada sebuah kedai runcit "Lima Lima" yang boleh buatkan surat pelepasan kenderaan jika anda menggunakan kenderaan yang bukan nama anda. Cuma bawa geran dan salinan ic pemilik kenderaan. Bayaran cuma RM 15.



5. Insurans Thailand
Insurans ini boleh dibeli dengan mudah di bandar-bandar berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. Malah kedai-kedai di seberang sempadan juga ada menjualnya. Pakej paling murah yang biasa dibeli hanya merangkumi bayaran untuk mangsa yang maut sahaja. Insurans sangat penting ya! Yang paling murah RM18 untuk dua minggu.

Semua dokumen ini, seterusnya perlu diserahkan pada kaunter kastam bersama passport anda. Apabila selesai diperiksa, mereka akan mengeluarkan satu borang pengisytiharan yang perlu anda tanda tangan.

Satu salinan akan disimpan oleh pegawai tersebut dan satu salinan diberikan pada anda. Salinan pada anda tersebut perlu diserahkan pada kaunter kastam apabila keluar dari Thailand nanti.

Jangan terlupa kerana ini adalah tanda keluar-masuk kenderaan anda dan akan didenda sekiranya lambat diberi mengikut tarikhnya.



So apa tunggu apa lagi ? Dah tahu semua tips tu, jom lah kita semua gi melancong ke Thailand.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan