Che Hassan Dari Pasir Mas Berniaga Telur Masin Mampu Mendapat RM12000 Sebulan

Dalam keratan suratkhabar yang dibaca oleh saya, Che Hassan nih dulunya seorang yang miskin. Pendapatan bulanannya hanya sekitar RM600 hasil melakukan pelbagai kerja kampung.

photo harian metro

Namun, nasib Che Hassan dari Pasir Mas ini berubah apabila dia menyertai program Azam Tani anjuran MARDI pada tahun 2013.

Awalnya Che Hassan membela dalam 50 ekor itik, kemudian bertambah ke 100 ekor dan kemudiannya ke 2000 ekor.



Setiap pagi Che Hassan akan melepaskan itik-itiknya untuk mengelakkan itik-itiknya berasa stress. Che Hassan bagitau bila itik tak stress, telur yang dihasilkan nanti lebih berkualiti.

photo harian metro

Setiap hari, Che Hassan akan mengutip sekitar 860 hingga 950 biji dan ia akan dikumpulkan di bengkel untuk penyediaan telur masin. Beliau jugak menggaji penduduk kampung untuk membantunya dalam proses penyediaan telur masin. Setiap hari Che Hassan mampu memproses 2000 telur masin yang kemudiannya dibekalkan kepada peniaga sekitar Pasir Mas dan Tanah Merah.



Setiap hari Che Hassan memperoleh sekitar RM450 dan sekitar RM12000 sebulan, sekaligus mengeluarkan Che Hassan dari kelompok kemiskinan.

Usaha Che Hassan ini seharusnya dicontohi oleh anak muda kini jika mahu mendapat pendapatan yang banyak. Baru tadi keluar dalam suratkhabar mengenai ramai anak muda especially dari golongan B40 menganggur selepas tamat pengajian dimenara gading. Rezeki itu ada dimana-mana. Kalau takde kat satu tempat, berlambak lagi ditempat lain. Kenapa tidak menceburi bidang pertanian. Penat memang penat tapi hasil yang akan diperoleh nanti amatlah berbaloi. Tambahan pulak terdapat banyak bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk para pemuda yang mahu menceburi bidang perniagaan. Seperi bidalan orang lama kita, nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Sumber harian metro

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?