Kelantan Miskin ?


Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa Kelantan adalah antara negeri termiskin dan ramai rakyatnya bergantung kepada bantuan kerajaan.

 Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kadar kemiskinan Kelantan adalah pada kadar 0.4 peratus menyamai purata nasional sekali gus meletakkannya sebagai negeri termiskin di Semenanjung Malaysia.

 Beliau berkata, statistik dalam pengkalan data e-Kasih sehingga Jun lalu menunjukkan miskin tegar di Kelantan adalah seramai 6,218 orang manakala miskin seramai 31,217 orang.


 "Itu data yang kita perolehi berdasarkan kajian malah bila kita turun ke bawah ada kumpulan tertentu yang masoh ketinggalan, kita tidak ingin salahkan sesiapa,  tetapi kita nak cari jalan bagaimana nak pastikan semua rakyat Kelantan nak rasai niat pembangunan.

 "Kita nak tinggalkan apa-apa yang sudah lepas itu lepaslah, dari segi kerajaan Pakatan Harapan (PH) kita komited untuk membawa bersama wilayah ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

"Apa yang kita inginkan rakyat Kelantan rasai apa yang dirasai rakyat seluruh negara, hakikatnya memang ramai rakyat Kelantan masih ketinggalan, contoh kita dapat lihat bilangan usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia antara teramai adalah di Kelantan," katanya.


 Beliau berkata demikian sebelum menyampaikan ucaptama bertajuk 'Inklusitiviti Dalam Pembangunan Sosioekonomi Negeri Kelantan' dalam Kongres Sosioekonomi Kelantan 2019 di Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Dalam pada itu, Md Radzi dalam ucaptamanya berkata, maklumat daripada sistem e-Kasih sehingga Jun lalu menunjukkam kumpulan miskin tegar Kelantan adalah yang ketiga teramai selepas Sarawak dan Sabah dan kumpulan kedua miskin teramai selepas Sarawak.

 Beliau berkata, berdasarkan kajian pada 2016, bantuan daripada kerajaan dan kiriman wang daripada anak-anak yang bekerja di luar Kelantan menjadi antara komponen utama punca pendapatan isi rumah di negeri ini sekali gus membantu ekonomi negeri.


 "Empat komponen utama punca pendapatan isi rumah adalah pekerjaan bergaji; bekerja sendiri; harta dan pelaburan serta pindahan semasa yang mencatat kadar 18 peratus berbanding 8.9 peratus peringkat nasional.

 "Pindahan semasa termasuklah bantuan kerajaan dan duit daripada rakyat Kelantan di luar, ini menunjukkan bahawa punca pendapatan selain daripada dijana ekonomi dalaman tetapi sebahagiannya dibantu anak-anak di luar untuk membolehkan keluarga di sini mempunyai kuasa beli," katanya.

Sumber Utusan Malaysia

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu