Kopi Tak Sedap Dimakan Dengan Western


Saya tak tahulah kenapa tetapi mungkin trend kot kalau kat Kelantan atau Terengganu, mana-mana kedai makan atau cafe yang saya pegi mesti pelanggan makan makanan western diminum bersama-sama kopi.

Nak jea saya tanya tak muak ke ?? Korang paham-pahamlah sendiri kan kalau makanan western seperti spagetti carbonara, meat mall ke atau mashed potato yang krim atau susu based tu cepat muak kot. Lepas tu minum pulak kopi yang berkrim bagai tu lagilah muak.



Bagi saya sendiri, makanan western nih lah lagi sedap kalau diminum bersama-sama drink yang boleh cut off rasa muak makanan tu seperti jus ke, cocktail ke, soda drink ke atau apa-apa minuman yang masam manis. Ini betul saya cakap. Kalau korang makan lepas tu rasa muak dah, minum jea drink yang masam manis nih confirm rasa muak tu terus hilang.


Sebab tu kadang-kadang orang kita nih, makanan yang sedap pun jadi tak sedap kerana sebab muak tu lah. Air pun muak. Jadi nak menghilangkan rasa muak tu orderlah drink yang masam manis.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?