Penerbangan Terus FlyScoot Dari Singapore Ke Kelantan Membuka Peluang Pelancongan


Last week saya pegi hantar member ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, kebetulan time tu FlyScoot dari Singapore baru sahaja mendarat. Saya perhatikan ramai sungguh para pengunjung dari Singapore ini (banyak foreigner dari negara barat). Timbul difikiran saya, kemana mereka semua ini mahu pergi ? Ada urusankah di Kelantan ? Persoalan saya terjawab bila saya ajukan soalan saya ini kepada seorang pakcik pemandu teksi kat airport. Menurut beliau, kebanyakan dari mereka ini on the way untuk ke pulau-pulau di Terengganu dan ke Siam. So kebanyakan dari mereka ini adalah pelanconglah. No wonder cara mereka berpakaian pun seolah-olah macam get ready nak terjun kedalam laut pun.

Kenapakah mereka ini tak singgah sehari dua untuk tengok apa yang ada kat Kelantan ? Sayangnya diorang hanya setakat tiba di airport dan terus menyambung perjalanan ke destinasi pelancongan mereka diluar Kelantan.


Kelantan nih takde tempat menarikkah sampai diorang taknak singgah sekejap ? Sedangkan disatu sudut sana airport sudah ada Tourism Information Centre dimana para pelancong ini boleh pergi bertanya kat mana tempat menarik di Kelantan.

Adakah kerana kurang promosi ? Sekarang nih kalau nak buat promosi tak semahal macam zaman dulu-dulu. Sekarang dah ada social media dimana informasi lagi cepat sampai kepada golongan sasaran dan ianya lebih murah serta kadang kala percuma.

Saya jugak sebenarnya pernah bertanya di laman Facebook Maafsebut kemana nak bawak pengunjung luar yang datang melawat Kelantan. Saya perhatikan dari komen kat post itu didapati orang kita sendiri tiada idea nak bawak pengunjung pegi mana. Tipikal respond adalah bawak gi Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan ada jugak yang sindir bawak gi tengok kapal terbang turun kat tepi pagar airport.



Sebenarnya Kelantan kita ini terlalu banyak tempat menarik dan banyak aktiviti yang best dapat dilakukan. Yang kurangnya kerana ramai tak tahu. Mungkin orang luar lebih tahu dari orang Kelantan sendiri. Contohnya kalau di Kota Bharu sendiri, terlalu banyak tempat yang boleh dilawati. First, boleh menjelajah muzium yang banyak di Kelantan. Yang bestnya lagi kesemua muzium ini terletak dekat diantara satu sama lain. So parking keta dan hanya berjalan kaki sahaja. Lepas tu boleh pegi ke Gelanggang Seni berdekatan dengan padang bola tiruan tepi Stadium Muhammad ke4. Kat situ ada pelbagai aktiviti seperti silat, gasing, wayang kulit dan pelbagai lagi. Korang kena tengok jadual aktiviti sebab aktiviti kat Taman Budaya ini berbeza mengikut hari.

Settle kat Gelanggan Seni, korang boleh pulak gi ke Kuala Besar. Dari situ korang boleh naik boat untuk menjelajah pulau-pulau yang ada di Sungai Kelantan. Kat situ nanti korang boleh singgah untuk minum air nyior, makan kat restoran tepi sungai dan boleh jugak bermalam kalau korang nak.

Lepas tu boleh gi ke Kampung Belanda. Kat situ memang sesuai sekali untuk korang nak merasai pengalaman menjadi orang tempatan.



Selesai di Kota Bharu, korang boleh try naik keretapi tok peraih kat Tumpat. Berapa jea tambang pun. Cukup murah. Best kot naik keretapi ini sambil menikmati pemandangan bukit bukau disepanjang perjalanan. Lepas tu korang boleh turun kat Dabong untuk makan mee sup best kat sini. Kat Dabong ini pulak korang boleh gi mendaki Gunung Stong dan Gua Ikan bagi mereka yang meminati aktiviti lasak. 

Kalau tak puas kat Dabong, korang boleh menyambung perjalanan dengan keretapi ke Gua Musang. Kat sini korang boleh melawat Taman Negara Kuala Koh, Gunung Rabong dan Gua Cha.

Tak rasa nak berhiking bagai, korang boleh pegi ke Pulau Raja kat Tanah Merah untuk menjejaki tempat asal durian Musang King. Pulau Raja nih kalau korang nak tahu adalah penempatan kaum China di Kelantan. Dan diorang bukan datang sini seratus tahun lampau tapi beratus-ratus yang lalu !! Kat sini korang boleh tgk cara hidup kaum cina kampung kelantan. Kalau korang nak datang sini ada tourist guide. Nama dia Kak K. Korang boleh hubungi dia kalau nak ke Pulau Raja.


Saya tengok kat Kelantan nih kalau dari segi tempat menarik banyak. Cumanya dari segi hotel tu tak berapa banyak. Perlu diingatkan bukan semua yang datang tu adalah backpackers. Everything nak jimat dan murah. Ada jugak yang willing to pay more untuk keselesaan. Tapi tu lah resort dan hotel yang molek amat kurang di Kelantan. Sepatutnya hotel dan resort perlu digalakkan untuk dibina dan dibukak kat Kelantan. Sekarang nih pun hotel yang boleh dikatakan berkualiti berpusat di Kota Bharu. Kalau kat di daerah lain terutamanya di tempat-tempat menarik boleh dikatakan tiada lansung.

Lepas tu kena buat Kelantan nih lebih friendly kepada pelancong. Kalau Kelantan lebih friendly confirm ramai pelancong akan datang.



Dan of course promosi yang agressive. Kalau tak promote macam mana orang nak tahu apa yang menarik kat Kelantan. Betul tak ?

Sebagai penutup, saya boleh katakan Kelantan ini berpotensi besar untuk maju dalam ekonomi pelancongan seterusnya menjana bukan sekadar sumber pendapatan kepada kerajaan tetapi jugak peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?