6 Tempat Makan Yang Korang Boleh Try Di Kota Bharu


Korang pernah tak dah takde idea nak gi makan kat mana. Dont worry sebab saya akan berkongsi dengan anda semua 6 tempat makan yang korang boleh gi try di Kota Bharu.



1. Abang Cendol

Nak makan cendol sampai puas ? Saya cadangkan untuk korang gi cuba cendol kat gerai Abang Cendol samada di Salor atau pun di Lembah Sireh. Ada 2 jenis cendol yang menjadi favourite saya yang korang boleh cuba iaitu cendol nyior dan cendol durian. Sedap wehhh.



2. Cafe Hostel Pantai

Nak makan makanan siam yang authentic tak ? Kalau nak saya suggest untuk korang gi try makan kat Cafe Hostel Pantai kat Jalan menghala ke PCB. Lorong nak masuk ke kedai dia nih selepas kem kijang. Kalau saya gi sini, saya suka order harimau menangis. Sedap kot cicah dengan sambal buatan sendiri.



3. Koptiam D'Klasik

Nak santai dan nak makan ringan sambil berborak dengan member ? Saya cadangkan korang gi ke Kopitiam D'Klasik. Kopitiam milik anak melayu ini ada 2 cawangan iaitu di Kubang Kerian dan Cherang. Specialty kat sini adalah kopi. So korang wajib kena order kopi yea.



4. CheekenTops

Saya suggest gerai ini kerana bagi saya inilah ayam korea paling sedap kat Kelantan. Gerai yang terletak tepi pagar Sekolah Raja Sakti kat Kedai Lalat ini menyajikan pelbagai jenis ayam goreng korea pada harga berpatutan. One more thing Jus Jeju dia. Perghhh sedap wehh.



5. Restoran Wau

Restoran Wau nih dah lama wujud, dah lebih 10 tahun. Tapi tulah ada jugak yang tak kenal. Tomyam kat sini sedap kot. Lepas tu kat sini bukak ambik dari pagi sampai malam. Menunya pulak banyak, ada dalam lebih kurang 200 menu yang korang boleh pilih.



6. Bonda Yong Tau Fu

Yang membezakan sini dengan yong tau fu tempat lain kerana kat sini menghidangkan yongtaufu berkuah seperti di Melaka.



Inshallah kalau ada kedai baru yang saya gi try, saya akan berkongsi lagi di blog Maafsebut.

By the way jangan lupan untuk follow FB MAAFSEBUT dan IG MAAFSEBUT yea !!

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?