Dulu Kat Pasir Tumboh, Kini Yong Tau Fu Paling Popular Di Kelantan Dibuka Kat Pengkalan Chepa




Dulu Kat Pasir Tumboh, Kini Yong Tau Fu Paling Popular Di Kelantan Dibuka Kat Pengkalan Chepa


Dulu kalau saya mengidam nak makan yong tau fu berkuah, saya akan pegi makan kat Bonda Yong Tau Fu Pasir Tumboh. Tapi last time saya gi, kedai tu dah tutup. Saya tercari-cari kat manalah kedai ini berpindah lokasi.




Rupa-rupanya Bonda Yong Tau Fu sudah berpindah ke Pengkalan Chepa sebelum stesen petronas taman uda. Molek sungguh lokasinya kerana makin dekatlah kalau saya mengidam nak makan yong tau fu berkuah.


Apa yang menarik sangat kat sini sampai cukup popular dikalangan peminat yong tau fu ?

Kalau korang nak tahu kat sini jea ada jual Yong Tau Fu berkuah. Setakat ini apa yang saya tahu takde lagi mana-mana kedai menjual yong tau fu sepertimana dijual kat kedai Bonda ini.

Yang bestnya lagi sebab sos pencicah tu. Perghhh terangkat wehhh !! Berbeza sungguh kalau nak dibandingkan dengan kat tempat lain.


Lepas tu makan kat sini murah jea. 1 mangkuk besar tu hanya berharga RM20 sahaja untuk 4 orang makan. Tu pun saya rasa dah cukup banyak.

Lepas tu time saya singgah makan kat sini, diorang baru memperkenalkan menu baru iaitu roti tempayan. Sedapnya roti tempayannya. Cukup gebu dan sedap dicicah dengan gulai kambing. Harganya pun murah hanya RM1.90


Kalau korang nak gi try sendiri, korang klik sini https://goo.gl/maps/iwT2fuUaiuw untuk lokasi. Senang guna waze nanti dia tunjuk arah.

Jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram Maafsebut.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?