Orang Kelantan Nih Hebat


Orang Kelantan nih hebat-hebat. Kenapa saya kata begitu ? Cubalah korang perhatikan sendiri betapa ramai orang Kelantan kita ini menjawat jawatan tinggi dalam jabatan dan agensi kerajaan, menempa nama sebagai businessmen yang berjaya, mampu membina kereta terbang dan sebagainya.

Persoalannya, kalau dah ramai orang Kelantan yang hebat, kenapa Kelantan masih terbelakang ?

Mana taknya kalau kebanyakan yang hebat-hebat itu berada diluar Kelantan. Peluang yang ada terbukak luas di tempat orang namun peluang itu tak berapa nak ada di negeri sendiri.



Jadi, macam mana nak tarik orang hebat ini kembali ke Kelantan ?

Macam semutlah, kalau ada gula, kat situlah semut akan pergi. Jadinya suasana yang kondusif perlu ada dan peluang perlu diwujudkan untuk memanggil orang hebat ini untuk pulang berbakti kepada Kelantan.

Nak tahu tak apa yang saya nampak ?

Saya nampak industri 4.0. Kenapa industri 4.0 ?


Kerana tidak seperti sebelum ini, kalau nak bukak apa-apa jenis perniagaan, wajib kena pergi kat tempat hotspot seperti KL. Namun kini zaman dah berubah. Dengan adanya internet, kita boleh berada dimana-mana even di Gua Musang untuk menjalankan perniagaan.

Contohnya member saya menawarkan service art creative dimana pelanggannya berada diseluruh Malaysia even dari overseas dan pelanggannya bukan calang-calang. Tahu tak korang office member saya ini di mana ? Di Kuala Krai. Saya ulang sekali lagi di Kuala Krai.



Saya nampak peluang kat situ. Syarikat-syarikat berteknologi tinggi membukak operasi di Kelantan dengan menawarkan perkhimatan untuk seluruh dunia. Dengan cara ini orang Kelantan yang hebat tak perlu mencari peluang diluar, kat Kelantan pun peluang terbukak luas.

Menarik tak idea saya ?

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?