Surau Belantara Kat Gua Musang Perlukan Dana Untuk Pasang Sistem Solar

Sumber photo: fb yayasan alkhalifah

Surau Belantara yang terletak di perkampungan orang asli Kuala Suma Pos Bihai, di sini memerlukan sejumlah peruntukan untuk kemudahan sistem solar.

Wakil Yayasan Al-Khalifah, Nor Azhar Mohamed berkata, penggunaan sistem solar di surau berkenaan perlu dilakukan berikutan kampung tersebut tidak memiliki punca elektrik.



Surau ini telah dibina hasil sumbangan melalui Yayasan Al-Khalifah dan sudah boleh digunakan dan kerja-kerja penambah baik fasiliti akan dibuat secara berperingkat.

Walaupun surau ini dibina di kampung orang asli yang kecil bilangan keluarga tetapi ia terletak di laluan utama untuk ke pos-pos lain.


Jadi, ia dijadikan transit bagi mereka yang berurusan jauh ke pedalaman Pos Bihai dan Belatim seperti guru sekolah, kakitangan perubatan, NGO dan agensi kerajaan

Sesiapa yang ingin membantu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama Al-Khalifah Foundation bernombor 564016118396.

Sumber Sinar Harian

Pastikan anda follow Maafsebut dengan klik FACEBOOK MAAFSEBUT dan IG MAAFSEBUT

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?