Tengku Mahkota Kelantan Dan Isteri Turun Padang Kutip Sampah Di Pantai


Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson mencemar duli bagi membersihkan sebuah pantai di negeri itu.

Menerusi laman sosial Instagram, Cik Puan berkongsi beberapa keping foto dan sepotong video pasangan diraja itu untuk tatapan umum.

“Hari ini kita pergi ke pantai di Kelantan untuk membersihkan kawasan. Today we went to the beach in Kelantan to do some clean up,” tulis Cik Puan sebagai kapsyen.



Menerusi video berdurasi 16 saat itu, menunjukkan baginda berdua mengutip sampah-sarap di sekitar kawasan persisiran pantai sebelum mengumpulkan ke dalam tong.

Rata-rata netizen memberikan reaksi positif terhadap usaha murni yang dilakukan oleh pasangan diraja tersebut.


“Assalamualaikum, Cik Puan memang terbaik. Please keep our beach clean. Harap-harap Kerajaan ada buat kempen kebersihan pantai,” ujar seorang netizen.

“Assalamualaikum Cik Puan, I admire your spirit,” puji seorang netizen.

“Assalamuaikum, semoga usaha murni tuanku berdua akan menjadi ikutan menjadi pengunjung pantai kelak,” kata seorang netizen.



“Bottles and footwear the common litter. Good job, respect Cik Puan and hubby!” komen seorang netizen lagi.

Perkongsian tersebut telah menerima hampir 8,000 tanda suka daripada warga maya.

Sumber Berita Awani

Ulasan

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?