Bangladesh Enggan Terima Kapal Bawak Rohingya


Bangladesh tidak akan menerima dua kapal yang membawa ratusan pelarian Rohingya, kata menteri luarnya.

Kontroversi terbaru itu meletus kira-kira seminggu selepas puluhan etnik Rohingya mati kelaparan di atas kapal yang ditinggalkan di laut selama dua bulan sebelum dapat mendarat.



Aktivis kini bimbang sekiranya kumpulan besar Rohingya itu terperangkap atas kapal dan tidak boleh mendarat di mana-mana negara.

Dua kapal berkenaan dikesan di perairan antarabangsa selepas terdapat usaha cuba memasuki Malaysia, kata pemimpin komuniti Rohingya.



Bangladesh sudah mengarahkan kawalan diperketatkan di Selat Bengal bagi menghalang kapal berkenaan memasuki perairan negara, kata Menteri Luar, AK Abdul Momen.

"Dua kapal membawa etnik Rohingya cuba memasuki perairan negara dan kami sudah mengarahkan tentera laut dan penjaga perairan untuk lebih peka.



"Mereka diarahkan untuk tidak membenarkan kapal ini masuk ke Bangladesh. Tiada lagi Rohingya dibenarkan masuk," katanya.

Kira-kira sejuta etnik Rohingya kini mendiami kem-kem di sempadan Bangladesh - Myanmar selepas mendakwa ditindas di tempat asal mereka di Rakhine.

Sumber Harian Metro

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Kota Bharu : Baru Lama Yang Masih Under Construction

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia