Bangsa Rohingya Tak Akan Datang Ke Malaysia Kalau Mengetahui Bahaya Covid-19


Pelarian Rohingya yang berhasrat untuk datang ke negara ini tidak mengetahui tentang bahaya wabak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini.

Presiden Forum Pembangunan Belia Rohingya, Mohammed Farouque Lal Mohammed berkata, etnik itu telah keluar daripada Myanmar sejak bulan Februari lalu sebelum Covid-19 mula merebak.



Hari ini, media antarabangsa melaporkan seramai 23 etnik tersebut ditemui mati kerana kelaparan oleh pihak berkuasa Bangladesh selepas bot yang mereka naiki menuju ke Malaysia hanyut sejak seminggu lalu.




Seramai 396 orang lagi terselamat daripada kejadian tersebut dan dilaporkan mereka sudah berada di lautan sejak dua bulan lalu kerana usaha untuk memasuki Malaysia sebanyak tiga kali gagal.

Menerusi jaringan pertubuhan bukan kerajaan yang turut terdapat di Myanmar, Bangladesh dan United Kingdom itu, nasihat telah diberikan kepada semua etnik Rohingya agar tidak keluar dari tempat masing-masing kerana Covid-19. Mereka turut diberikan penutup muka dan juga cecair pembasmi kuman bagi mengelak wabak ini daripada menjangkiti etnik Rohingya.

Sumber Sinar Harian

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Kota Bharu : Baru Lama Yang Masih Under Construction

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia