Berbekalkan Duit BPN Sebagai Modal Niaga, Ibu Tunggal Ini Mampu Meraih Sehingga RM2000 Sehari


Kalau orang lain bila saja dapat duit BPN, ada yang menyalahgunakannya untuk membeli rokok, air ketum atau dadah. Sedangkan kerajaan bagi duit BPN tu supaya dapat digunakan untuk menampung keperluan keluarga sepanjang tempoh PKP ini.

Lain ceritanya di Melaka. Seorang ibu tunggal, Siti Hartika Shaari telah menggunakan duit BPN sebanyak RM1000 sebagai modal untuk memulakan perniagaan delivery ikan siap siang.

Beliau dulunya bekerja sebagai pembantu kat restoran. Lepas tu kehilangan pekerjaan kerana majikannya tidak lagi mampu menampung kos gaji. Sejak diberhentikan beliau terpaksa berjimat cermat sehingga pada satu tahap hanya menjamah bubur kosong tidak berlauk rentetan terputus wang belanja.



Dari situ beliau dah ada impian untuk memulakan perniagaan delivery ikan siap siang namun terpaksa dilupakan kerana tiada modal.

Duit BPN yang diterimanya seolah satu rahmat. Berbekalkan RM1000 yang diterimanya, Siti Hartika memulakan perniagaan delivery ikan siap siang menyasarkan golongan wanita bekerja sepanjang PKP ini sebagai pelanggan.



Awalnya beliau berkongsi khimat delivery ikan siap siang dengan kawan-kawan sahaja. Namun permintaan bertambah dari sehari ke hari dan kini membuat penghantaran kepada kira-kira 40 rumah dalam sehari. Siti Hartika kini turut menggaji 3 orang pekerja dan 4 orang runner yang membuat penghantaran seluruh Melaka.

Rutin bisnesnya bermula seawal 5 pagi dengan mengambil bekalan barangan basah secara terus dari pengedar pasar borong Batu Berendam. Bekalan yang diperoleh terus diproses dan dibersihkan untuk dihantar kepada pelanggan bermula 10 pagi.


Pelanggan boleh memilih pakej serendah RM30 dan antara yang ditawarkan bukan sahaja ikan tetapi ayam, kambing yang telah siap dicuci bersih.

Menurut Siti Hartika, dia amat bersyukur mendapat BPN dan tidak menyangka perkhimatannya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ulasan

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?