Bermula Hari Ini Pelanggan Perlu Sahkan Samada Mahu Moratorium Atau Tidak


Semalam saya mendapat sms dari pihak bank yang dimana saya membuat pinjaman menyuruh saya mengisi borang secara online memberi consent jika saya bersetuju dengan moratorium selama 6 bulan yang bermula April lepas sehingga Oktober 2020.

Saya ada masa sehingga 28 Mei 2020 untuk menyatakan samada mahu meneruskan moratorium atau tidak mahu menerima moratorium.



Sebenarnya isi ini sudah pun viral semalam kat social media oleh warga netizen yang kecoh kononnya Bank Negara Malaysia lebih mementingkan bank dari kemaslahatan umum. Isunya pasal caj kadar faedah sepanjang tempoh moratorium.

Honestly ramai yang terkeliru. Kalau dilihat kenyataan BNK pada 25 March 2020 di https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=5019&lang=bm menyatakan

Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) atas pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh dan peminjam perlu meneruskan pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh pada masa hadapan. Oleh yang demikian, peminjam perlu memahami perkara ini dan berbincang dengan institusi perbankan masing-masing tentang pilihan yang ada apabila menyambung semula jadual pembayaran balik pinjaman/pembiayaan mereka selepas tempoh penangguhan. - BNM

So dengan penjelasan ringkas ini saya harap korang tidak lagi terkeliru. Takde pun kata hanya kini kadar faedah baru terakru sedangkan ianya sudah dinyatakan dengan jelas oleh pihak BNM.


Lepas tu kepada korang yang tiada apa-apa pinjaman tu takyah lah over yea. Takdenya bank bagi tempoh sehari hari ini untuk meneruskan moratorium atau tidak meneruskan. Pelik saya diorang nih pulak lagi over lebih-lebih dari mereka yang ada pinjaman.

By the way kepada orang ramai tunggu pihak bank menghubungi anda samada melalui sms dan email untuk explanation yang lebih jelas. Tak perlulah terpengaruh sangat dengan apa yang dihebahkan kat facebook kerana tak tahu sahih ke tidak.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?