Hikmah PKP, Ketupat Palas Che Non Laris Macam Pisang Goreng Panas


Tempoh PKP yang dilaksana sejak 18 March kini sudah memasuki Fasa 4 tidak sedikit memberi impak kepada para peniaga kecil dan besar. Ada jugak yang terpaksa gulung tikar kerana tidak lagi mampu menampung kos yang terus meningkat seperti beberapa hotel di Melaka, Pulau Pinang dan KL.

Tapi lain ceritanya pulak kat pengusaha ketupat daun palas frozen kat Alor Setar nih. Menurut apa yang saya baca kat Berita Awani, pelaksanaan PKP ditambah kemungkinan kita semua akan beraya dalam tempoh PKP menyaksikan tempahan ketupat daun palas sejuk beku hutan kampung yang diusahakan oleh Che Non Ahmad teramat laris.

Menurut beliau, selalunya beliau mendapat tempahan sekitar 15000 kilogram pada bulan ramadan tetapi kini tempahan meningkat sekali ganda kepada 30000 kilogram !! Satu jumlah yang cukup besar.



Jelasnya, permintaan yang tinggi itu berpunca daripada perubahan kaedah jualan yang lebih terbuka kepada semua pihak pada tahun ini, supaya pasaran ketupat palasnya dapat diperluaskan, selain pembelian secara pukal oleh pelanggan yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Katanya, meskipun terpaksa mengurangkan bilangan pekerja tahun ini bagi mematuhi arahan yang ditetapkan kerajaan, khususnya penjarakan sosial dalam kalangan mereka, dia tetap yakin sasaran jualan dapat mencecah sehingga 40,000 kilogram menjelang malam Aidilfitri.


Bagaimanapun, dia turut menegaskan, wujud beberapa kekangan bagi mengusahakan jualan ketupat palasnya dalam tempoh PKP, terutama dalam mendapatkan bekalan bahan mentah seperti beras pulut, daun palas, jagung dan juga pulut hitam.

Jelasnya, dia terpaksa mengupah dua orang 'runner' berlesan untuk proses penghantaran ke dalam dan luar negeri Kedah bagi memudahkan orang ramai mendapat ketupat memandangkan mereka sukar untuk keluar dari rumah sepanjang tempoh PKP.

Sumber Berita Astro Awani

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?