Long Tiger Sudah Ditangkap


Berita dari Harian Metro hari ini melaporkan Polis Johor mengesahkan penahanan seorang lelaki dikenali sebagai Long Tiger, hari ini. Walaubagaimanapun Ketua Polis Johor enggan mengulas lanjut dan dijangka melakukan satu sidang media berkaitan penangkapan itu esok.

Sebelum ini viral di facebook video berdurasi 14 saat yang memaparkan individu berbaju T hijau serta berseluar ungu dan bergari dikaitkan dengan Long Tiger ditahan.


Long Tiger menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook sebelum ini.

Malah dia juga sentiasa mencabar mereka yang tidak bersetuju dengan pendapatnya serta mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan