Pelajar Di Kedah Ini Membawa Bazaar Ramadan Ke Rumah Pelanggan


Bagi yang otak geliga berniaga, musim PKP bukan halangan untuk berniaga. Lagu mano pun akan tetap diusaha macam mana sales dapat dilakukan dalam serba perbatasan.

Itulah yang dilakukan oleh Hafiylutfi Mahadzir yang berumur 20 tahun. Pelajar Polimas ini tidak menjadikan PKP sebagai penghalang untuk dia menjalankan perniagaan untuk mencari sedikit duit raya.

Apa yang dilakukannya adalah dengan mewar-warkan juadah berbuka puasa yang dijualnya menggunakan speaker yang dipasang pada kereta Myvi miliknya di sekitar kawasan perumahan di Jitra.


Menurut apa yang saya baca kat Berita Awani, dia menjual antaranya mi kari, laksa, bihun sup, roti john dan pelbagai jenis kuih muih serta pelbagai minuman seperti laici kang, cendol dan teh bunga.

Apa yang dilakukan oleh Haifylutfi ternyata mendapat sambutan dari penduduk memandangkan sepanjang PKP ini bazaar ramadan adalah tidak dibenarkan seterusnya menyukarkan orang ramai untuk membeli juadah berbuka.

Kata Hafiylutfi, sepanjang menjalankan perniagaan ini, dia mendapat keuntungan sekitar RM50 ke RM60 sehari.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?