Pelombong Haram Di Tanah Merah Berjaya Ditahan Polis


Saknih saya baca dalam Malaysiakini, 2 individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan perlombongan haram di Hutan Simpan Jedok, Tanah Merah telah ditahan.

Tangkapan itu telah dibuat pada isnin lalu dan kini dalam siasatan polis.

Terhadulu, media melaporkan penduduk kawasan itu mendakwa sekumpulan warga asing terlibat dalam perlombongan secara haram sejak PKP dilaksanakan.


Kegiatan itu dikesan di kawasan Hutan Simpan Jedok, kira-kira 10 kilometer dari Kampung Lawang, Tanah Merah.

Menurut laporan, penduduk turut mendakwa sungai di sekitarnya yang jernih mula tercemar sehingga menjejaskan kegiatan harian kira-kira 2,000 penduduk di lima kampung berhampiran.

Mengikut apa yang saya tengok kat berita, pelombong haram ini melombong sejenis nadir bumi yang digelar Torium dan ianya digunakan sebagai bahan api untuk penjanaan nuklear.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan