Pemuda Terengganu Ingkar PKP Kerana Merajuk Dengan Bini


Gara-gara keluar rumah pada waktu malam kerana merajuk dengan isteri, seorang lelaki didenda RM1,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Tertuduh, Wardi Zaidi, 36, merupakan antara 10 tertuduh yang berusia 20 hingga 61 tahun yang dikenakan hukuman denda oleh Majistret Noor Mazrinie Mahmood kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Kesemua tertuduh juga berdepan dengan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada 16 hingga 18 April lalu, antara jam 10 malam hingga jam 12.15 tengah malam.

Sumber Sinar Harian



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Kota Bharu : Baru Lama Yang Masih Under Construction

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia