Ratusan Warga AS Membantah Perintah Berkurung


Ratusan penduduk menyertai tunjuk perasaan di beberapa bandar Amerika Syarikat (AS), bagi membantah perintah berkurung disebabkan wabak COVID-19.

Ini susulan keadaan ekonomi yang lumpuh akibat wabak COVID-19.

Dianggarkan kira-kira 400 orang berkumpul dalam kesejukan di Concord, New Hampshire dengan ramai lagi berada dalam kenderaan membawa mesej bahawa kuarantin tidak diperlukan di kawasan kes COVID-19 yang sedikit.



Dalam kalangan penunjuk perasaan, kelihatan beberapa lelaki bersenjata memakai pakaian seragam tentera, dengan wajahnya ditutup.

Di Texas, lebih daripada 250 orang berkumpul di luar State Capitol di Austin, termasuk ahli teori konspirasi sayap kanan Alex Jones.

“Tiba masanya membuka semula Texas dan membenarkan kembali orang keluar bekerja dengan sendiri bukan kerana gesaan kerajaan,” kata aktivis Young Americans for Liberty, Justin Greiss.



Seorang suri rumah, Amira Abuzeid berkata, dia bukan seorang doktor dan bijak membuat perkiraan, namun angka terkini itu tidak seharusnya dibimbangkan.

Penunjuk perasaan didorong beberapa pimpinan Demokrat susulan tweet Trump mengatakan keadaan akan kembali normal, di samping protes sama turut berlaku di negeri yang dipimpin oleh Republikan seperti New Hampshire dan Texas.

AS negara terburuk dalam penularan COVID-19 ketika ini menyaksikan lebih 734,000 kes dan 38,800 kematian sehingga petang semalam.

Sebilangan besar AS diletakkan di bawah perintah berkurung dan penutupan semua perniagaan penting.


Di Concord, penunjuk perasaan membawa papan tanda dengan slogan seperti "Angka-angka berbohong" dan "Buka semula New Hampshire” dan “Hidup Bebas atau Mati kerana Perintah Berkurung”.

Seorang penunjuk perasaan, Skip Murphy, 63, berkata lebih baik orang ramai dibenarkan melakukan apa yang perlu dan bukan mengawal pergerakan mereka.

“Data kerajaan itu bercanggah dengan perintah berkurung yang dialami penduduk,” katanya yang dihubungi AFP.

Jumaat lalu, New Hampshire mencatatkan sebanyak 1,287 kes dan 37 kematian.

Kebanyakan rakyat Amerika dengan nisbah dua-kepada-satu sememangnya risau akan sekatan yang ditarik semula, menurut satu soal-selidik.



Bantahan itu didorong apabila Trump pada Jumaat lalu, membuat ciapan "LIBERATE" Michigan, Minnesota dan Virginia yang ditadbir Gabenor Demokratik daripada perintah duduk di rumah.

Presiden itu mengulangi bahawa sekatan berkaitan dengan virus sudah memberi kesan buruk kepada pekerja dan perniagaan AS.

"Saya merasakan beberapa gabenor telah terbawa-bawa," katanya pada sidang akhbar di Rumah Putih, semalam.

Trump mengalu-alukan pembukaan semula beberapa perniagaan di Texas dan Vermont pada Isnin dengan menggesa langkah penjarakan sosial diambil.

Tunjuk perasaan besar-besaran menentang peraturan perintah berkurung pada Rabu di tengah ibu kota Michigan di Lansing, membabitkan kira-kira 3,000 orang.

Sumber AFP & Berita Harian Online


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Kota Bharu : Baru Lama Yang Masih Under Construction

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia