Sapura Energy Potong Gaji Pengurusan, Kurangkan Tenaga Kerja


Sapura Energy Bhd mengumumkan beberapa langkah penjimatan peringkat dalaman, termasuk pemotongan gaji sebanyak 50 peratus untuk pasukan kepimpinannya berkuat kuasa serta-merta, pelarasan semula gaji pekerja antara lima dan 45 peratus selepas Ramadan, serta pengurangan tenaga kerjanya.

Dalam kenyataan hari ini, Sapura Energy berkata langkah itu diambil untuk mengurangkan impak daripada pandemik COVID-19 dan harga minyak mentah yang rendah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Shahril Shamsuddin, berkata pandemik dan harga minyak mentah yang rendah telah memberi kesan kepada pengukuhan kewangan syarikat.





Walaupun menyedari keputusan itu mungkin sukar bagi kebanyakan pekerja, Shahril berkata pada asasnya, syarikat akan memastikan mereka yang berpendapatan rendah akan kurang dibebani oleh pemotongan itu.

Beliau turut memberi jaminan kepada pekerjanya bahawa syarikat mempunyai strategi yang menyeluruh untuk memacu Sapura Energy keluar daripada cabaran yang sedang dihadapi, yang juga menjejaskan banyak perniagaan lain.

Sumber Berita Harian Online

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan