Saya Dipilih Menjadi PM Dalam Situasi Luar Biasa


“Saya dipilih jadi PM dalam situasi luar biasa.” Itu kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baru 17 hari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berdepan dengan satu cabaran besar dalam meneraju kepimpinan Malaysia.

Mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sebagai salah satu usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.



Dipilih dalam situasi yang sukar, perkara paling utama yang perlu beliau memberi perhatian adalah langkah dan usaha terbaik mengawal keadaan secepat mungkin.

Dalam keadaan situasi merbahaya dan boleh mengancam nyawa rakyat, Muhyiddin menjelaskan kelewatan sehari dua boleh memberikan kesan yang besar kepada rakyat.



Tidak memikirkan soal politik sejak dilantik berkuat kuasa 1 Mac lalu, beliau turut mengelak mengeluarkan kenyataan yang berunsur politik kerana menyedari betapa muaknya rakyat dengan krisis politik yang berlaku di negara ini.

Dasar kerajaan Muhyiddin Yassin dalam mengatasi wabak COVID-19 boleh dikatakan sebagai dasar terbaik di dunia kerana berjaya mengekang penularan yang berlaku dalam negara.



Biarpun masih ada penambahan kes baharu, namun bilangan kes sembuh semakin hari semakin tinggi dan kadar kematian juga tidak meningkat dengan ketara. Graf jangkitan berjaya dilengkungkan sehingga Malaysia menerima ‘tabik hormat’ daripada negara luar kerana tindakan tegas dan pantas yang diambil kerajaan dalam mengawal penularan.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?